21 May '14


Esok exam maths. So I was going through my previous test paper.

Ish! Geramnya!

Buat soalan yg menatang linear correlation apa bnda statistics tu. Formula betoi dah. Kira x-square, y-square, etc etc panjang berjela pon betoi dah. Tinggal nak masok dalam formula ja.

Tapi, on the first step 'key in' number, tertinggal satu number. On the very begining tu dah terlupa.

Peluh2 gua kira yg seterusnya salah habes semua! Salah! Lesap! Huhh.

Panas hati gua. Sikit ja silap kat atas, habes semua.

Sama macam amal kita. Silap sikit waktu permulaan tak jaga niat, tak perbetul niat, tak niat keranaNya, peluh mcm mana pun solat, letih mcm mana pun menelaah, lelah mcm mana pun sapu sampah, kalau x niat keranaNya?

Tak tahu amal yg disangka membuahkan pahala, boleh jadi tinggal habuk saja.

Aku tak buat kerja Tuhan nak nilai amal orang diterima atau tak tapi kita sama-sama amek precautions step jaga niat kita, hanya kerana Dia.

Hatta nak berenang pun niat keranaNya! Ehh.

Hadis 1: Niat

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab Radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan..."
[HR Bukhari & Muslim]

No comments:

Post a Comment