Showing posts with label Curhat Aku. Show all posts
Showing posts with label Curhat Aku. Show all posts

Tuah Ayam Tuah Manusia


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia usaha sendiri.

Beruntungnya, atas setiap ke-entah-apa-apa-an aku, Allah masih pilih aku untuk berada dalam tarbiyyahnya. Tarbiyyah yg bukan sekadar dalam usrah, daurah, tapi tarbiyyah Dia yg luas merangkumi aspek kehidupan aku, yg membolehkan aku mengaitkan segalanya dengan Islam dan Allah sendiri. Beruntungnya aku. Atas setiap sedawaa tanpa alhamdulillah aku, setiap menguap tanpa astaghfirullah aku, setiap hari-hari tanpa dhuha dan tahajjud aku, Dia masih pelihara aku. Beruntungnya aku. Atas kemalasan aku pun, Dia tidak tinggalkan aku. Atas setiap ke-tak-tahu-malu-an aku bermaksiat padaNya, Dia masih jaga aib aku.

Sampai aku terlalu selesa dalam comfort zone. Biarlah, aku kan 'masih' di 'jalanNya'.

Walhal tanpa aku sedar, orang lain berlumba mengejar Dia. Berlari nak pulang ke syurga. Aku? Berada di laluan yg sama tapi berhenti di tepi jalan, rehat bawah pokok dulu. Tengok perlumbaan orang. Tanpa tergerak pun hati nak ikut serta berlari dan berlumba.

Sampailah gugur semua daun di pokok aku bersandar. Baru aku sedar ruginya berpeluh duduk bawah pokok tanpa daun, lebih baik berpeluh berlari. 

Sungguh, Dia telah pilih aku jadi peserta tarbiyyahNya. Tapi tanpa usaha dan pengorbanan, jangan mimpilah boleh masuk final. 


[credit]


**********


3:8
'Ali Imran: 8

[Who say], "Our Lord, let not our hearts deviate after You have guided us and grant us from Yourself mercy. Indeed, You are the Bestower.

Sesat

Dah terlalu lama.

Terlalu lama.

Aku sesat dalam gelap sejuknya gua. Bertemankan selimut tebal menghangatkan jasad. Dan hati aku penuh yakin menyatakan aku selamat.

Walhal apa guna berselimut dalam gelap pekat gua. Apa guna berselimut andai hidup tak menikmati cahaya. Apa guna hangat selesa dalam gelap.

Selimut jahiliyah yang terus aku pakai hanya buat aku kekal dalam gelapnya gua maksiat. Sedangkan jika aku bangkit, membuang selimut itu, mula berjalan, mungkin saja aku bertemu jalan keluar menuju cahaya. Mungkin saja aku dapat lihat kembali sinar mentari yg terang dan menghangatkan.

Mengapa aku pilih gelap gua berteman selimut, sedangkan aku boleh memilih menahan sejuk buat seketika waktu untuk berjumpa dengan sang suria. Terang dan menghangatkan.

Sesat dalam gua tak boleh aku biar lama-lama. Aku rindu cahaya sang suria!

Drive | Incubus



:]


Sometimes I feel the fear of uncertainty stinging clear 
And I cant help but ask myself how much I'll let the fear take the wheel and steer 
It's driven me before, it seems to have a vague 
Haunting mass appeal 
Lately I'm beginning to find that I should be the one behind the wheel 
Whatever tomorrow brings, I'll be there 
With open arms and open eyes yeah 
Whatever tomorrow brings, I'll be there, I'll be there 
So if I decide to waiver my chance to be one of the hive 
Will I choose water over wine and hold my own and drive, oh oh 
It's driven me before, it seems to be the way 
That everyone else get around 
Lately, I'm beginning to find that when I drive myself, my light is found 
Whatever tomorrow brings, I'll be there 
With open arms and open eyes yeah 
Whatever tomorrow brings, I'll be there, I'll be there 
Would you choose water over wine 
Hold the wheel and drive 
Whatever tomorrow brings, I'll be there 
With open arms and open eyes yeah 
Whatever tomorrow brings, I'll be there, I'll be there





 


Aku teringin, tapi..

"Tak teringin ke..."

Apa kau ingat, aku tak punya 'rasa' itu.

Sekali sekala, aku pun teringin, berjimba di hujung minggu.
Menghilangkan 'penat lelah' hari minggu. Attend lecture nya. Attend tutorial nya. Bersengkang mata memerah otak mengisi ruangan kosong tutorial Mr Kiru. Sakit tulang belakang, tulang rusuk, urat badan, ngadap skrin bercahaya silau mata komputer riba.

Teringin juga berjimba di Mines, Mid, KLCC, dengan Daiso nya, Bakso Koplo nya, Kinokuniya nya, wayang nya, ice skating nya.

Sekali sekala, aku pun rasa aku punya 'hak' untuk ada ruang aku sendiri, masa aku sendiri. Aku rasa aku punya 'hak' untuk buat apa yg aku suka bila-bila aku mahu.

Sekali sekala, aku pun teringin ada yg 'mengisi' ruang kosong dalam hati, walaupun hatiku sememangnya sarat dengan manusia. Teringin juga punya teman tapi mesra waktu study, waktu makan, waktu jalan balik library. Yg berjanji setia akan 'mesra' sampai hujung nyawa.

Sekali sekala, aku pun teringin, ikut 'arus baru' dunia fesyen. Aku pun nak jadi muslimah terkiyutt abad ini. Aku tak mahu ketinggalan dalam berpakaian.

Sekali sekala aku rasa cukuplah aku skema dulu kala. Sekarang, aku dah dewasa. Sekali sekala aku rasa cukuplah aku ikut kata semua dulu kala. Sekarang, aku dah dewasa. Sekali sekala aku rasa cukup-cukuplah ngadap buku, aku yg dah dewasa punya 'hak' untuk bersuka ria!

Sekali sekala rasa cukup-cukup sudah, 11 tahun jadi budak sekolah. Cukup-cukuplah ikut peraturan itu dan ini. Baca buku itu dan ini. Main dan suka-suka hanya pada waktu itu dan ini.

Aku punya 'hak' untuk buat apa yg aku mahu, bila-bila aku mahu, dengan siapa pun yg aku mahu!

Astaghfirullah.

Aku pinta 'hak' itu pada siapa?

Aku yg fitrah wujudnya, sebagai hamba, pinta pada Yang Maha Kuasa, untuk punya hak berkuasa ke atas diri sendiri?!

Rasa sekali sekala yg melemahkan. Rasa sekali sekala yg memalukan.

Menyebalkan ._.

"Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah padaku." - az Zariyat: 56

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Aku ingin menjadikan seorang khalifah di bumi ini..." - al Baqarah: 30

Aku, selagi belum siap lab report, takkan keluar makan char kuey teow tepi Tesco.

Jadi patotnya, aku, takkan habiskan masa dan tenaga hanya untuk aku, selagi belum selesai tugas aku pada Dia.

Seronok-seronok juga, berpadalah.
Stylo-stylo juga, berpadalah.

Apa lah sangat hak seorang hamba.

Terpulang. Masing-masing punya akal. Punya hati.

Apa yang akan persembahkan pada Dia, andai nyawa diambil sepuluh saat lagi.

Ingat mati. Itu kunci tahan diri. Tiada siapa ingin mati tanpa tangki pahala belum cukip diisi, tangki dosa melimpah keluar isi.

Letih juga jadi hamba, tapi mujahadah kita, itu yg Dia kira. Syurga yg tiada tergambar di minda manusia. Andai tidak ter-'boost' membayang syurga, letak lah tangan atas api menyala. Neraka berganda dahsyatnya.

Takkan nak suka suki tengok movie riang ria di Tengahvalley, tapi malas baca Quran semuka sehari.

Aku punya tanggungjawab untuk faham tentang Dia, tentang agamaNya, untuk diamalkan apa yg diperintah, ditinggal apa yg ditegah, ditegakkan apa yg benar, dibuang apa yg tidak benar.

Bukan aku sorang saja. Kau pun sama. Bukannya al Quran itu untuk aku  sahaja. Untuk kita semua.



Everything seems to.... rhyme. Eheh.

Maaf

Aseef jiddan!

Saat aku merasakan hilang manisnya persahabatan, aku dipertemukan semula dengan mereka yg telah lama aku rindu.

Dan aku mula sedar betapa kuatnya bonding kami, bukan atas siapa kami, tapi bagaimana kami menerima satu sama lain.

Betullah kata cikgu faizah, istimewanya bond kami, adalah kerana kami menerima baik buruk orang lain. Dan lebih istimewa, sebab jujur antara satu sama lain.

Hahah penangan truthth or dare  mungkin?

Tapi walau mcm mana pun bestnyaa mereka2 ini, life must move on kan?

Dan aku juga perlu menerima baik buruk orang lain sebagaimana aku terima mereka2 ni.

Maaf sangat, andai kertelanjuran aku melukakan yg lain. Maaf sangat andai aku tidak mampu dan masih lemah mengawal ego dan amarah ku. Maaf sangat andai aku terlalu ikut perasaan seolah iman senipis kulit bawang seakan menipis lagi.

Terima kasih pada yg concern dan menasihatiku tanpa jemu biarpun aku apada awalnya menolak pesanan mu. Terima kasih pada yg tidak tinggalkan aku walaupun aku tinggalkan kalian. Termia kasih yg sudi mendengar luahan hati biar kata2 aku sepedas cili api huhu. Terima kasih yg menerima maaf ku biar perbuatan aku meninggalkan parut di hati mu. Terima kasih buat yg mendoakan aku.

Kali ini, aku benar2 diuji, masih adakah jahiliyyah dalam diri,. Masih adakah ego yg membumi.

Aku harus belajar menerima dan memaafkan. Bagaimana Yang Maha Pengampun dan Pemaaf mampu menerima hati yg busuk penuh amarah dan dendam?

Sekali lagi aseef jiddan!

Andai kata...

Andai cinta kepada manusia itu possibilities-nya, patah hati
Andai cinta kepada manusia itu possibilities-nya, kasih tak berkesampaian
Andai cinta kepada manusia itu possibilities-nya, rindu tak berpenghujung
Andai cinta kepada manusia itu possibilities-nya, jiwa tak keruan

Maka aku menolak segala kemungkinan untuk jatuh cinta kepada manusia
Kepada lelaki

Well, for the time being tho.

Kerana aku belum mampu menahan sakitnya jatuh ketika berlari ke mengejar syurga,
Maka aku tak ingin sakitku berganda kerana seorang manusia

Aku tidak menolak,
Cinta itu menguatkan,
Cinta itu menghidupkan
Cinta itu memberi nafas baru dalam kehidupan

But well, I guess, for me,
It's just not now.

Takutnya aku pada perasaan itu,
Sedangkan bertepuk sebelah tangan mampu membawa jiwa terbang melayang tinggi meninggalkan bumi, inikan pula yang main tepuk amai-amai.

Takut-takut tak tahan sakit tatkala terjatuh menyembah bumi.
Atas balasan kerana tidak sempurna cinta kepada Sang Pencipta.

Sungguh, aku belum bersedia.



















Kerana dia bakal pengapitku :p

"Dengan nama Allah, aku mohon berkat yg melimpah atas persahabatan kami"

This post might be sort of personal, but well, writing is one of my fav way in expressing me. My feelings.

And about the post title, itu one of our 'sweet-childhood dreams'. Hehe.

Well, i'm actually 'overload-ed happy' sebab adeina datang melawat.



Hello adeina

Sebelum ni memang dah merancang nak jumpa la, and so on so on, but then, kita merancang, Allah juga merancang, dan Dia sebaik-baik perancang kan. Jadi, pada tanggal 27 Disember 2013, kami pon bertemu lepas dah sebulan-dua bulan tak jumpa.


Because she thought she is the VIP, so she FORCED me to cook mee hailam for her. And I was like (padiappapa la mana pernah buat). And so let the challenge begin!



Tadaa!
Not to mention but she just ate it till the last drop of kuah! (exaggerating-me :p)

And we talk, and talk, and talk all the night. Exaggerating again. Jenuh sembang, throwback-ing, bahan-ing sampai pukoi beghapa tataw.


And the next day we went to KLCC! Konon nak picnic bagai but i was like malaih-gla-nak-usung-bekai-semua type of person so haha picnic kepsi ja lah.



Wootz!


Puteri Buluh Betong



CEWAAH!


This! WORST picture of the year hahahaha homaii


Muka mek nie kurang unsur kegembiraan ._.


Pulun ambil gambar ja. Kenangan, katanya.

Usai berjimba dekat situh, kami berangkat ke KL Sentral, while thinking where to go next. Hahah. Padahal kaki dah saket macam baru lepas merentas desa :p

Then, we decide, our final destination, MIDVALLEY!

Nak setahun duduk Nottingham, sekali pon tak pernah jejak kaki dekat Mid. Lol. So my first time. And hers.

Berjam-jam pilih charm .-.
Setelah itu, kami pon berangkat menuju ke ktm kajang, dan seterusnya ke Nottingham Bumi Ber-tanah. (Still havent figured out the rite "ber", i dont think it's bertuah tho :p). Tersengguk terlentok semua lah dalam bas. Haha. I cant feel my legs ._.

Petang pulak, bawak mek nie jenjalan pusing Notts. Pusing amphitheatre, pusing admin block, pusing tasek, tengok itik notts, ikan notts. Dan anjing notts. Malam, masing2 bukak buku masing2 stadi masing2. And that is awkward. Dulu2 kala ingat lagi study sama2 dekat FSS. Bila ngantok mula nak melagha :p hahaha. Old times :")




And she wont be staying with me forever. Masing-masing bawa haluan masing-masing, cara masing-masing.

"Kerana kita, ham rahi pyar de, phir milenge
chalte-chalte. Kerana ukhwah ini nilainya bkan
pda nilai seutas charm, mka hrapan aku ukhwah
ini hidup dlm doa kita biar kau dan aku punya
jalan yg beza. Biar jalan yg dipilih berbeza, tapi
matlamat kita sama. Biar kita tak berjiran di
dunia, moga berjiran di syurga. Rindu itu bukan
sesuatu yg mudah bagiku. Tapi jarak bukan
pemisah antara kita. Biar rindu itu sumber yg
menguatkan. Biar kekal itsar dalam bersahabat.
Moga ukhwah kita tiket kita ke syurga. Moga
ukhwah kita disebut-sebut penghuni langit.
Berpisahnya kita kerana Allah ingin kita turut
bermanfaat buat orang lain, agar kita turut
menyebarkan cintaNya buat orang lain. Thanks for
coming, terasa seolah-olah hadir kekuatan untuk
terus melangkah dlm perjalanan yg masih jauh.
Kalau Allah boleh pertemukan kita skarang, maka
jgn pernah meraguiNya mampu pertemukan kita
lagi. Doa. Dan jgn pernah berhenti berdoa.
Kerana Allah sayang Adeina maka kerana Allah
Aishah sayang Adeina :)"





Ngee :)



Jangan kau kembali!

Dengan nama Allah, moga Dia meredhai usahaku dan usahamu.

Malam itu terasa sakit di dada. Seolah-olah diletakkan bangunan 11 tgkat. Tahi telinga dah terhakis, sampai nak bernanah dah telinga.

"Korang ni cakap ikut sdap mulut ja!"

Bentak hatinya. Usik-usik manja dah hilang manisnya. Terasa seperti kilat yang memanah telinga. Yang turut membelah dada.

"Aku dah cukup panas ngan korang. Eh, ckap bnyak2 buat tmbh dosa ja la."

"Maaflah kalau aku hidup terlalu berprinsip. dan aku tak suka orang prinsip hdup mcm lalang."

"Maaflah aku ni lifeless. Sekurang-kurangnya hdup aku bukan drama!"

"Aku nak akhirat. Aku nak dunia. Aku takda masa pun nak dbuang. aku tak boleh hdup dgan korang yg bnyak masa ni."

Hatinya menjerit seribu perkataan. Tapi mulut terkunci bicara. Andai saja dia dapat meluahkan semua, tapi iman yg hanya senipis kulit bawang menahan amarah.

Tapi sampai bila?

Mungkin, sabar itu harus sampai bila-bila.

Masakan dia dapat melupakan trbiyah Allah selama ini. Masakan iman senipis kulit bawang mahu dinipiskan lagi.

Moga Allah bimbing dia.
Kerana sabar itu, mungkin tiketnya ke syurga. Moga dicabut dendam. Moga disemai sayang.

Moga amarah tidak kembali!

Curhat aku.

SAKITT Lahaiii.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Uhuk2.


I'm not sure how to start. But I guess i should tell u the story of mine in this two weeks, and together we'll go through the ibrah. *hahah ayat thesis statement*

Last week, i got a fever. huhuuhuhu.

Ahad sampaiiiii selasa? rabu? Ntah la. It was kinda bad. Tak boleh nak study pon. berdenyut2 kepala. hidung dah mcm kepala paip yg rosak ja! "mencurah-curah" la kan.

Susah nak fokus. Gelisah. Homesick. Sangatlahhh teruji untuk istiqamah kpdNya. iyolah, alasan org kita, "Sakit".


Lol.

Then last wednesday *the following week*

Sakit lagi.

Terlampau sakit.

Klimaks cerita, Aishah pengsan, jatoh dalam toilet.

Perasaan msa tuh, masha Allah. Allah je tahu. Disebabkan kepala sakit gilaqq terhantok, aishah tersedar fr pengsannn.


 Keluar toilet bgtahu CikNanie Hausmet Kesayangan :p
Memang keep calm and tell her the story la kann.

Masok bilik.

OOps, tear gland bocor. Sakit ditambah sakit. Baru semalam gelak2, suka suki happy2, tiba2 harini sakit mcm nk MATI!

T_____T

Then, tyme pengisian dengan member Jemaah Sempoi *suka2 je hati bg nama*

we ollz tadabbur ayat nie haa.








I just want to share the first part of the ayat.

Allah bg nikmat, yg senikmat-nikmatnya, yg sehebak-hebaknya, yg seawesome-awesomenya kat nabi Adam. Tapi, Dia jugak yg menurunkan Nabi Adam ke bumi. Gone all the nikmat.

Tapi Allah jugak boleh tarik balik semua nikmat tuh. Like a boss.


Mcm kita jugak.

Hari ini kita bukan setakat boleh bernafas. Siap boleh gelak ketawa, makan kenyang, tidoqq lenaa taw.

Boleh jadi hari ini kita terima anugerah, menang pertandingan, masok TV3 *oops* dan bermacam lgilah bnd2 yg daebak! *EH

Msa aishah jaoth tuh, terasa satu perasaan yg sangat lah men"sebak"kan. dah la jatoh, atas lantai, dalam toilet. T_T *kepala mcm ikan lohan dah*



Betapa kita nie manusia, sgt lah tak berdaya tnp nikmat sihat dr Allah.
Betapa kita nie manusia, mudah sangat take for granted dalam urusan dgn Allah.

Kalau kita sakit, kita nak la sangat cepat2 sembuh. *yelakan sapa nak tahan hidung berair bagai*

Tapi kalau urusan dgn Allah, asyik lambat2, tangguh2. Kenapa?

Kerana mungkin kita belom rsa azabNya.

Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.


tapi beragaklah weeiii nak memaen wat lek wat comeii nak tanggoh2 urusan kita dengan Dia.

 



Nikmat tuh, kelebihan tuh, Dia boleh tarik, "zaap", hilanggg.

Tersungkur kita jatoh.

Tanpa kudrat untuk bangkit.

Mengharap belas dariNya, dengan diri penuh dosa.


Astaghfirullah.

Ombak Rindu


i
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

*posttanpagambar*

HUAAAAAAAAAA!

Gua nk balek rumah la weyh! *sob sob sob*

Post kali ini  ditulis dengan penuh emosi. Penuh. Sangat. Lahaiii.

For almost 4 months being in Notts, then I realised something. Only then I could see the hikmah behind His plan. Kowtt.

“Allah send everyone away from you, so that it is only you and Him”
Mcm pernah dengar kan?
Kan?

~Mama Abah

Okayh. *Air Mata bertakung* I had been away from them since 5 years ago. But but but... Huhu. Rindu sampai kalau tak dengar suara sehari ibarat “cacing kepanasan” *ewaah* They have been my very best booster. Melayan kerenah anak emas intan payung nie yang baru nak celik tengok dunia. Paling lama berpisah pon 2 minggu kot. Now? I’m more than 200km away from them! Tak kesah la Skype ke, FB ke, mana sama dengan Live Conversation beb!

Izzat~~~~
HAAA! Ni paling rindu! Huhu. *tearglandbocor* partner maen game, kemas rumah, geng layan Mat Luthfi semualah! Baru nak syok2 duduk rumah gila gila suka suki dengan Brader sorg nie, dah kena pi Semenyih nihh.


Member kamceng

Adeina. Makcik nie bukan setakat kamceng, dah macam the other half of me dah pon *erk?* And now, kami terpisah antara negeri. Huhuhu. Diari bergerak yg sanggup tadah telinga mendengar everyh single thing that comes out from my mouth. Diari bergerak yg selalu bgi “nasehat aka leteran” bernas for every wrong-doings I’ve done. We’d been together, really close to each other since Standard 5! Sekarang nie tadah telinga dekat fon je la. *dahlaa fon nie slalu nengng je*

I missed my friends, My family. Kak anis sahira, Anis, awanis, anak2 umi, mira, amal, bwp, super eight, harmonious, KITA. Rindu tahap petala kelapan. KeLAPAN! *wuuu~*

Chegu~

HUHUHUHU. Dulu2 zaman dulu kala, hari2 jumpa, sembang, makan sama2. Sekarang? Nama penuh lecturer pon tak hengat lagi! Adoiiih. Parah rindu nie. Rindu nak kena marah. Rindu nak sembang2, usik2 manja. Rindu nak dengar kata2 semangat pengubat jiwa yg futur.


Oih oih. Udah2 ler layan perasaan.

Mungkin. Mungkin ini petanda. Petanda bahawa mereka2 yang saya sayangi itu, takkan selamanya di sisi. Yang mencipta mereka sja yg kekal.

“Katakanlah (Muhammad): “Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang yg beriman harus bertawakal” [9:51]

Uhhuk uhuk~  T_T

Being in Notts is not just about studying, preparing for UK. It’s about being independent. The real independent thing-gy.

You had it enough with them before. Perfect family, friends, classmates, teammates, teachers. Now it’s time to be by yourself.
Allah tak pernah tinggal kita dari saat kita dilahirkan, sampaiii... sampai... sampaiii bila2 pon. Asalkan kita tak bajet tahap mega untuk melupakan Dia. Kita lupakan Allah pon, Dia tak lupa. Tak lupa untuk bagi Balasan setimpal. *eheh*

Jadi.
Kepada team #foreveralone, kita tak alone okayh. *kita~* haha.
Allah siap kirim 2 malaikat yg ada dengan kita sentiasa~
Allah would always be there though the whole world walks out. Allah tak nilai berapa hingget ada dalam dompet, parti apa kita pangkah, *eh* ataupon warna kulit. It is Iman that matters the most.

And it is up to us to put utmost “pergantungan” padaNya. *pergantungan dalam english?*


Biarpon terpisah antara benua, ketahuilah,

 “Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” [QS. Qaaf : 16].

TODIIAAA! Dekat gilaqq!
Kita jangan nak wat jaoh plak naa.

So, for every “ombak rindu” yang melanda, trust Him, mengadu padaNya. Hati kita Allah yg pegang. “Dan hanya mengingati Allah hati menjadi tenang” kan?
Eh, jap. Tapi tak semestinya dah tak payah nak tepon Ayahanda Bonda Chegu Kawan Sanak Sedara dah pasni.
Doa. Doa. Doa. Doa dan doa. Jgn pernah berhenti.

Itu senjata Muslim. Senjata kita.

Yakin Yakin Yakin!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Woot woot! 


 
Semenyih :p

31st January 2013. 
Registration session at The University of Nottingham, Malaysia Campus, Semenyih, Selangor DE~

Everything in my mind was positive.
New life.
New friends.
New me. Acece~

But then, I did not realize that the "new life" part, had something big awaits for me. Erk -.-

 

Sepanjang 2 bulan duduk kat rumah, things were going well. Most of the moments are happy moments. But then, my FIRST DAY at Nottingham were not as I expected. Jeng jeng jeng~

First day. Pendaftaran.
9.30 pagi - 5 petang! Walaweyh!

Melayan kerenah those "people", borang nak salinan lebih, isi borang tambahan, muka tak senyum. Senyum kan chumell :3

Sabor2.
 
Then, pabila ku melangkahkan kaki ke dalam bilik I2B36, teramatlah terkezzutnya melihat keadaan rumah ibarat tongkang kepecahan.
What to do? What to do?
 
Housemate foreigner. That is not easy.
But, I always remind myself, "first day, relax2. Things would be great, Insha Allah".

Pabila malam menjelma, ku terkezzut lagi. Kedengaran suara lelaki di dalam rumahku. 

The next day was more surprising, I found "LOREAL MAN EXPERT" and I saw "the man"!

Tadaa~

 
Then, I remind myself again. "Second day, xpe2. There's lot more to explore".


"Nak jadi orang beriman, kena tahan diuji".
 
Walaupun dalam hati : Tersangatlahh kechiwa. Cuak berganda. Homesick melanda.

 Setiap hari sepanjang seminggu dekat Nottingham, pasti ada masalah yang berlaku.

#Masalah tak tahu nak beli tiket :p
Alhamdulillah, Allah permudahkan. Kak Anis tolong temankan dekat KL Sentral.

#Masalah salah beli tiket
Alhamdulillah, Allah permudahkan. Masih boleh buat pertukaran.

#Masalah tak tahu nak makan apa
Alhamdulillah, Allah permudahkan. I just met her for the first time, but she treated me like I'm her sister.


 #Masalah LOREAL MAN EXPERT
Alhamdulillah, Allah permudahkan. After a short talk with Sherene, kesefahaman tercapai.

#Masalah "malu" yang datang tetibe!
Alhamdulillah Allah permudahkan. Well, this is awkward. But it happened. 



 

HURM~
"There is always two sides of a story"
 It depends on us on how we accept the "ujian" from Allah.



It is a matter of being PATIENT. Pergantungan pada yang Maha Mengetahui sangat penting. *tersangatlah! Usaha untuk jadikan hidup lebih baik setiap hari. Usaha sendiri, jangan terlalu mengharap kepada orang lain. 

Setiap kali hidup ini terasa begitu sempit, sampai seolah-olah nak bernafas jadi sesuatu yang mustahil, ingat janji ALLAH.

As for me, this is the best motivational quote from Yang Maha Penyayang for me.

Surah ad Duha



Have faith in Him. Percaya, apa yang diaturkan sekarang, pasti ada hikmahnya. 

Mungkin lebih ramai lagi yang diuji dengan lebih berat. Just bear in mind, Allah is with us, as long as we keep being patient.

"Hidup kalo takde ujian, tkde umphh" 


  
 
                                    Semoga bermanfaat~
                                                Get boosted!