Hujan

Hujan

Tak pernah membenci hujan. 
Saat jatuh cinta padanya di bumi bertuah itu takkan aku lupa. 
Membasahkan, menyejukkan, menghidupkan, memberi rasa tenang dan mendamaikan. 
Hujan yang selalu aku kaitkan dengan rasa tenang dan gembira. 🌱

Seringkali aku gagal memahami diri sendiri.
Gagal menterjemah rasa sesak dan semak yang membungkam dada.
Apa aku marah? Kecewa? 
Atau sedih sebenarnya?

Runsing sekali. Menginterpretasi perasaan sendiri.
Kadang terasa sulit menjadi makhuk penuh perasaan ini!

Moga segala sakit dan perit Dia sembuhkan. 
Sebagaimana bumi yang terhidup, segar dan sembuh selepas hujan.