Pulun!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


PULUN!!





"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya"
  Surah Al Ankabut :69


Polah kerja ya betol-betol!
(Buat kerja tuh betul-betul!) *Sarawak~
SEMANGAT2!! =]





Kesah Annual Dinner~~


Faiz.Alai.Nabil.Chin.Mus.Paktam.Shamida.Aishah.Jojo.Yuni.KK.Awanis.WaniB.Echa.
14 kepala nie, dah bersungguh-sunguh untuk prepare AD Batch KITA.

Pada Hari Kejadian (   ), things might not had happened the way it should be. sobsobsob

"Kita hanya boleh merancang, Tuhan yg menentukan"
*Cakap senang la der.. T_T

Yes. But, what about the "Kesungguhan"??
Tidak berbaloi kah? *gasp

Ataupun, mereka itu tidak bersungguhkah?? huurrmmm..





Allah tak nilai output, sebab output Dia yg bagi. Dia nilai usaha kita.

Although it might seem that their effort was not worth it, but then, everything happens for a reason. "Kepulunan" mereka itu yg menguatkan ukhwah antara mereka. "Kepulunan" mereka yg menjadikan mereka lebih mengenali antara satu sama lain. Road to AD yg mengajar mereka banyak benda. *Auww






 

ERK?       

Maksudnya, kita tak semestinya dapat apa yg kita usahakan. Things can go wrong, but it is up to us to see beyond the unexpected.

Yang penting, kita usaha. Kita bersungguh-sungguh. Kita Pulun.

Kan Allah da janji, Dia akan tolong kita.


Hidup Mesti PULUN

Penekanan pada perkataan "MESTI".

Tolong Mama Abah, tolong sungguh-sungguh.

Tolong kawan, tolong sungguh.

Buat assignment, buat sungguh-sungguh.*walaupun buat assignment M'sian Studies~

Belajar Grammar, belajar sungguh.*walaupon begitu bnyk sekali handoutnya~

Yang penting, IBADAH, MESTI SUNGGUH.




Define bersungguh~
 
Bersungguh doesnt means we are being extreme or "over", but, BERSUNGGUH means we DO OUR BEST.

In everything we do, we do our best.*wootwoot!

Walaupun sekecil mana sesuatu perkara, dont take things for granted.

How we do something is how we do everything.


 Semangat!! =]

Maen pon bersungguh-sungguh!








        



CINTA PICAGARI [Wardah Sofea]



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
 
A simple story from a friend of mine. Masih baru tapi dia sangat berminat dalam dunia penulisan. Moga bermanfaat. Mohon komentar membina ye! =]

 

"Cinta yang diperlukan oleh seseorang itu ialah cinta yang menguatkan bukan cinta yang melemahkan dan seseorang itu memerlukan cinta yang menyucikan bukan cinta yang mengotorkan."
                                          HAMKA                                             
-IQ-

Cinta Picagari (Bahagian 1)


 




1 .sticky note warna pink dia bagi masa hari last spm.dia letak atas meja lepas je habis last paper
2 .sticky note warna hijau dia bagi waktu bufday aku yang kebetulan hari first exam spm.
3 .sticky note warna hijau dia bagi waktu satu minggu cikgu dalam pertengahan exam spm.

MR IQ..haha..kenapalah kau antara orang yang jiwa kacau.
sape agaknya dia eh?.moga 2 aku akan tahu sape dia satu hari nanti dan harapnya dia.
                                                                                                                                    TQ DIARY

Izzah meletakkan diarinya di bawah bantal. Dia tersenyum apabila terkenangkan semua sticky note pemberian MR IQ itu.
Sehingga sekarang dia masih menduga siapa sebenarnya MR IQ. 

Di sekolah Izzah antara pelajar perempuan yang boleh dikatakan popular. Secara fizikalnya dia memang cantik tetapi kecantikkannya bukan hanya pada luaran tetapi juga pada dalamannya .Itu yang membuatkan dia  menjadi kegilaan pelajar lelaki SMK Keyumbit. Walaupun ramai yang cuba mendekatinya,namun MR IQ tetap berbeza padanya. Sehingga kini,hanya sticky note pemberian MR IQ masih tersimpan rapi di dalam diarinya.

“Entah-entah Mr IQ tu..Ah! Tak mungkin dia”, bentak hatinya.

“Akak tak tidur lagi ?” soal ibu yang tiba-tiba muncul dimuka pintu.

“Tak mak, ingat nak baca novel sekejap .Esokkan akak cuti.”

“Kamu ni dari dulu memang hantu novel. Dah sibuk dengan kerja  sekarang ni pun sempat nak baca novel lagi.” bebel ibunya yang kini duduk di hujung katilnya.

“Mestilah mak, kitakan kena sentiasa mencari ilmu. Lagipun novel yang akak baca buka novel cinta yang melalut tu.”

“Iyelah akak. Jangan sampai larut malam pulak baca novel tu. Esok jangan lupa hantar adik pergi jumpa doktor gigi. Dari petang tadi asyik merengek je. Pening kepala mak. Nasib baik dah tidur sekarang ni.”

“Baiklah mak. Selamat malam.”

Akhirnya,selepas hanya membaca beberapa muka surat Izzah terlelap sambil novel di sisinya.
                                                               
 Bersambung
                                                                                                                              

CINTA PICAGARI (Bahagian 2)

“Najah cepat sikit kita dah lambat ni.”jerit Izzah di muka pintu.
Tiba-tiba muncul suara kecil dari belakangnya.

“Siapa yang lambat sekarang ni. Najah dah lama tunggu tepi kereta akak. Akak yang lambat. Akak siap macam nak pergi kenduri. Bukan akak yang nak pergi jumpa doktor.”rengek adik yang sudah lama menanti kakak sulungnya itu.

Najah Insyirah,adik bongsu Izzah yang sangat comel itu baru berusia tujuh tahun. Najah diibaratkan seperti patung bergerak di rumah kerana keletahnya. Izzah hanya mempunyai tiga orang adik-beradik. Abang kepada Najah bernama Aiman Najmi. Jarak perbezaan umur antara Aiman dan Najah ialah 7 tahun. Perangai si cilik yang petah bercakap dan ceria itu sering membuatkan dia diusik manja oleh kakak dan abangnya .

“Panjangnya adik akak ni membebel.”usik Izzah sambil mencubit pipi adiknya yang gebu itu.”Akak yang lambat ye.Minta maaf adikku sayang. Jom pergi sekarang.”

Kini,mereka tiba dihadapan Klinik Gigi Dr Qaleef. Hati Izzah yang tenang itu berubah menjadi gementar apabila membacanya. 

Namun, hati Izzah tetap menafikannya.

Setelah mendaftar nama di bahagian pendaftaran,Izzah dan Najah duduk di kerusi sambil menunggu giliran adiknya untuk menerima rawatan.Sambil menanti, Izzah mengambil majalah untuk dibaca.

"Ramai orang harini ye akak.Selalunya tak ramai macam ni.”jelas adiknya.

“Yang datang ni semua gigi dah rosak macam Najah.Tu lar akak dah pesan jangan makan coklat banyak-banyak.Tengok sekarang ape dah jadi dengan gigi adik tu.Nasib baik tak berulat je.” Usik Izzah dengan mimik muka yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati adiknya. 

“Alah akak ni.Suka usik Najah.Ingat Najah takut?.”balas Najah."Bukan ke akak suka makan coklat juga.”

“Ye la.Tapi akak pandai jaga gigi.Tengok gigi akak.Putih je.Tak de pun gigi yang rosak.”jawab Izzah sambil menunjukkan giginya yang sememangnya cantik itu.

Najah mengalah sambil menunjukkan wajah merajuk.”Nanti akak tak payah teman Najah masuk jumpa Dr.Am.Takut jangkit pula sakit gigi adik ni.”Izzah tersenyum melihat telatah adiknya.

“Najah Insyirah!”panggil jururawat.

Izzah hanya menghantar adiknya sehingga ke pintu kerana ingin memenuhi permintaan adiknya.Dia juga sempat melihat sekilas wajah doktor yang akan merawat adiknya.Mereka hanya berbalas senyuman.Hati Izzah menjadi bertambah resah.

Izzah hanya duduk terdiam sambil memikirkan siapa doktor itu sebenarnya.Wajahnya iras benar dengan rakannya di sekolah dahulu.

Qaleef Irham.

Dia pernah menjadi presiden Kelab Kembara yang juga merupakan kelab yang disertai Izzah.Izzah kagum dengan kepimpinanya.Irham juga sangat disayangi guru kelab itu kerana sifat amanah dan tanggungjwabnya.Namun,hanya ada satu sahaja perangai Irham yang tidak disenangi olehnya.Izzah menganggap Irham sebagai seorang ketua yang boleh tahan gila kuasanya.Semua keputusan  hanya dilakukan seorang diri.Dia tidak pernah berbincang dengan Izzah tentang aktiviti kelab yang dirancang walaupun Izzah merupakan naib presidennya.

Lamunan Izzah terhenti apabila Najah datang menerjah di depan mata.

“Hah!!akak berangan ek?Teringat boyfriend lar tu.Adik bagi tau mak nanti.”

“Ish adik ni.Mana ada.Adik lama sangat dalam bilik tu.Akak terfikir gigi adik  ni mesti rosak semua.Mungkin doktor dah cabut semua gigi adik.Tu yang adik lama sangat dalam bilik doktor.Betul tak?”usik Izzah.

”Akak ni!!.Geramnya Najah!Gigi Najah satu je yang kena cabut.”tegas najah sambil menunjukkan gignya.

      Bersambung



 -Wardah Sofea-