Jimba di tengah kota?

Selesai satu urusan, kita teruskan dengan urusan lain.

***

Dia yang ar Rahman, tak putus-putus menunjukkan kasih sayangNya padaku. Dengan tarbiyyah yg aku terima baik dalam usrah, mahupun tika dalam monorel ke Masjid Jamek, semuanya aku hargai dan aku syukuri.

***

Balik dari picnic di KLCC, bertembung dengan pakcik makcik abang kakak yg baru pulang dari ofis. Peak hour. Yang sesak dan menyesakkan.

Aku lihat wajah-wajah yg tidak tampak aura ceria mahupun gembira. Letih barangkali. Suasana yg senyap langsung tidak menggambarkan kepadatan manusia dalam tren. Masing-masing tunduk menghadap skrin bercahaya. Tunduk, makin tunduk dan tersengguk-sengguk, mungkin letihnya tak tertahan lg. Ada yg merenung ke luar tingkap yg penuh debu dan kotoran bandar kuala lumpur, mungkin memikirkan urusan kerja yg tak selesai, mungkin memikirkan lauk apa yg menanti saat tiba di rumah, atau boleh jadi hanya renung kosong, melayang jauh kelaut. Sesekali terdengar tawa kecil, bisik halus antara penumpang, ubat sementara menunggu tiba di destinasi.

Apa yg pasti. Suasana tren yg mati.

Kemudian esoknya aku lihat pula adik-adik pulang dari sekolah. Yang kelakarnya umur kami mungkin beza setahun dua, tapi aku mungkin di takat bahunya sahaja. Hahah. Sesekali terdengar gelak tawa tembus tingkap bas. Huhh. Budak-budak. Takpe aok?

Sesampainya di tengah kota, mata terus tertumpu di gerai-gerai masjid india. Ish. Naluri manusia. Nafsu perempuan. Macam nak borong semua! Tapi aku punya prinsip juga. Beli buku dulu. Apa sangat manfaatnya beli baju itu ini, tudung itu ini. Sampingan saja.

Usai menghabiskan BR1M, pergi cuci mata. Haha. Adalah beli sikit untuk anak teruna jugak.

Tapi di celah-celah gerai, aku lihat insan-insan tak berdaya terduduk menadah tangan meminta belas. Kalau-kalau ada yg sudi menghulur seringgit dua, buat belanja beli air atau roti. Tiada siapa tahu bila kali terakhir si tua bertongkat itu makan.

Masjid india yg penuh dengan manusia. Baru hari selasa, dah penuh macam hujung minggu.

Macam-macam ragam orang. Sukar membeza yg muslim dan yang bukan. Kena tanya nama baru boleh tahu beza. Lemas jugak pandang orang lama-lama.

Kemudian lagi, dalam perjalanan pulang dihimpit orang-orang baru balik kerja. Buat kool ja sebab rasa mcm dah biasa. Hehh.

***

Banyak lagi hak manusia yg belum aku sempurnakan. Masih ramai 'Aishah' yg belum kenal Tuhan. Masih ramai 'Izzat' yg Tuhannya hanya dalam sembahyang.

Aku belum ber'zakat' atas segala ilmu, kefahaman dan didikan yg aku terima dalam jalan kembali mengenal Tuhan. Jalan pulang ke syurga.

Aku belum dapat fahamkan makcik jual jersi bola yg rambutnya aurat dan perlu ditutup rapi. Aku belum dapat fahamkan akak jual skirt yg islam tak sekolot yg dunia katakan. Aku belum dapat fahamkan semua yg ada di situ yg kita punya tujuan penting dicipta olehNya.

Belum lg dikira hak-hak penerima zakat. Azab berlapar lagi. Sakit demam tak berubat. Yang lumpuh. Yang kudung. Yang buta. Hak mereka menerima bantuan. Hak mereka diberi perhatian.

Terasa berat langkah mendaki maratib amal menuju ustaziyatul alam. Inikah tenaga yg kita harapkan?

***

Biarpun kemenangan Islam itu lebih pasti dari terbitnya matahari esok pagi, kita bukan nak jadi jenih yg hanya goyang kaki tengok tv. Kita bukan nak jadi geng usrah tegar, daurah sana sini tapi kefahaman simpan sendiri-sendiri.

Memang dunia tempat berpenat lelah dan hanya syurga tempat rehat abadi. Tapi kita bukan nak jadi yg penat-penat turun naik LRT alih-alih hanya membuahkan gaji cukup bulan tanpa apa-apa yg dapat dipersembahkan nanti di hadapan Tuhan.

***

Letih. Semak. Rimas dengan ragam dunia.

Tapi ambil lah cinta di langit dan tebarkannya di bumi.

Kita punya matlamat lebih tinggi dari menjadi perdana menteri. Menyentuh hati manusia agar hanya tunduk pada kuasa Ilahi!

Ayuh, kita mula gerak kerja kita! Sekali melangkah, pantang menyerah!

No comments:

Post a Comment