8 April '14


Hujan mencurah. Aku pun nak curah ._.

Hari ini masuk hari kedua,
Hujan lebat turun tak terkira lebatnya,
Kalau berterusan tiga empat jam boleh tenggelam clock tower. Hehh, lalut.
Tapi mungkin, hujan nencurahkan isinya,
Kerana ia rasa tak tertanggung lagi meluatnya,
Melihat bumi terus kotor dan kotor dengan dosa manusia.
Lalu ia mencurahkan segala isinya untuk membersihkan bumi.
Dan kilat, guruh yang tak henti menyambar dan berdentum adalah kiriman amarahnya pada kita yg mengotorkan bumi dengan dosa.
Mungkin juga, kilat dan guruh tanda amarah Sang Pencipta Langit kerana kita bermaksiat padaNya di atas bumi milikNya.

Dan si pendosa macam kita,
Terus tarik selimut bila hujan turun.
Biar bumi terus kotor dengan dosa kita.

"Peduli apa? Hujan kan ada."

No comments:

Post a Comment