Showing posts with label Ilham dari Dia. Show all posts
Showing posts with label Ilham dari Dia. Show all posts

Menang?

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani.

Teringat zaman bawak beg roda pegi sekolah.

Kalau waktu Pendidikan Jasmani sibuk nak main bola jaring. Lawan kelas sebelah. Selalu jugak menang. Setakat yg ingat lah. Pastu dengan lagaknya nyanyi dalam bilik persalinan,

"We are the championnn~"

Bikin panaih.

Menang kan. Tiada yg suka kekalahan. Tiada yg suka terikat dengan kekalahan, melihat orang lain menjulang piala kemenangan. Tak kisah ada berapa ramai pemenang pun, asalkan kita pun turut tersenarai. Asalkan tak kalah. Dalam apa keadaan sekalipun. Be it bertekak dengan adik siapa yg Mama syg lebih, or be it pertandingan daie cilik omey omey peringkat antarabangsa. Kita. Pantang. Kalah.

Kita? Ke aku ja? Hehh.

Kita juga tak mahu kalah dalam kehidupan kita. Kita selalu pujuk hati, Allah akan uji setakat yg kita mampu. Jadi kita yakin, kita perlu menang dalam ujian yg Allah kasi. Eh kasi? Hehh.

Dan definisi menang kita adalah seperti berikut:-
*contoh adalah mengikut ke-mainstream-an

1) Jika Allah uji paper final Organic Chemistry susah nak mamp*s, maka jika kita skor distinction, ia tanda kita memenangi ujian ini. If we fail, then we lose.

2) Jika Allah uji dengan keputusan upu, maka menang bg kita adalah mendapat apa yg kita minta. Kalau tak dapat apa yg kita hajati, then we aint winning.

3) Jika Allah uji dengan mem-pertanggungjawab-kan kita dengan satu event, maka menang ujian ini adalah event itu berjalan dgan jayanya.

4) Jika Allah uji kita dipertemukan dengan seseorg sampai bergetar rusuk kiri, maka menang adalah kita berjaya memenangi hatinya. Eh?

Itulah. Definisi menang kita.

Tapi hakikat yg mengejutkan dan mengujakan saya, rupanya, Allah ada kasi definsi menang dalam al Quran! Wow sangat! <-baru tahu :<

Cuba kita rujuk surah as Saf ayat 10-14.

Dalam ayat 14 Allah nyatakan golongan yg beriman dan membantu agamaNya, adalah golongan yg memperoleh kemenangan.

"Wahai orang yang beriman! Jadilah kamu Ansara’llah (penolong-penolong Allah) sebagaimana ‘Isa ibn Maryam telah berkata kepada Hawariyyin (pengikut-pengikutnya yang setia): "Siapakah penolong-penolongku kepada Allah?" Hawariyyun itu berkata: "Kami Ansaru’llah (penolong-penolong Allah)!" Maka beriman segolongan daripada Bani Isra’el dan kafir segolongan. Maka Kami (Allah) berikan kekuatan kepada orang yang beriman menghadapi musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang yang menang."

Pada ayat sebelumnya, ayat 10-13, Allah nak ceritakan apa ertinya menang tu sendiri.

"Wahai orang yang beriman! Apakah kamu suka jika Aku (Allah) tunjukkan kepada kamu suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?

Kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.

Akan diampunkan dosa-dosa kamu dan dimasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan tempat tinggal yang baik di dalam Jannatu’l ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar.

Dan ada yang lain yang kamu sukai, (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang beriman."

Ber-business dgan Dia. Takkan rugi.

Beriman pada Allah dan rasulnya + Menafkahkan harta dan jiwa

Natijahnya,

Kemenangan yg agung. Which is KEAMPUNAN DAN SYURGA.

Dan kemenangan in short term, pertolongan Allah di dunia.

Jadi, menang is -> mendapat keampunan dan diganjari syurga. Menang yg agung.

Dapat 96% final exam maths yg susah tahap gab*n, tapi solat subuh pukul 9, kita kalah.

Dapat buat MPharm under Yayasan Negeri Selat elaun rm12345 sebulan selepas isi upu, tapi jerkah kat mak bapak tak sudah-sudah, kita kalah.

Event konserto miley lalavilito yg kita organise nonstop music nonstop dancing mixing habeh subuh ke isyak sampai penuh Dataran Merdeka, kita kalah.

Tapi lagi loser kalau fail final maths, tambah pulak subuh pukul 9, zohor terlupa, asar terlena.

Sebab menang adalah tentang Dia mengampuni dosa kita. Dia menyediakan tempat buat kita di syurga.

Atas setiap ujianNya, fikirkan menang mengikut definsi Dia. Kita mahu menang ikut cara Dia.

Kita mampu mengubahnya :)

Cari Booster Anda!

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani.

#Throwback zaman sekolah dulu, ramai yg ada sumber inspirasi. Atau dalam bahasa orang Kimia, ada catalyst. *if u know what I mean*

Agogo ^^

Eh eh.

Catalyst tu lah yg buat kita semangat nak belajar. Ada yg setia pada satu catalyst, ada yg hampir setiap kelas dia lantik catalyst dia. Ehem, no offense. Eh tapi serius la kan kalau tak nampak catalyst dlam sehari, tak larat nak pegi open lecture fizik, tak semangat nak buat past year bio, tak senang duduk!

Meh.

Kita jadikan catalyst sebagai sumber semangat nak belajaq. Kita sibuk nak persaingan sihat dalam study dengan si catalyst tu haa. Usha2 tepi tingkap. Jeling2 time assembly.

Ambui.

Tapi itu cerita dulu kala kan?
*sekarang dah tak sama tempat belajar*

Eh tak. Sekarang dah matang.

Dalam bulan ramadhan yg mulia ni, kan ke kita dianjurkan berhempas pulas memerah keringat untuk beribadah. Pesta ibadah kateko.

Tapi, bila dah tengah2 nak ujong2 ni, entah mana lah semangat beribadah hilang. Awal-awal dulu sehari 2 juzuk, akhir2 ni sehari 2-3 muka pun jenuhh. Awal-awal dulu terawikh tak miss, akhir2 ni isyak ujung2 tanduk haa. Awal-awal dulu berjubah abaya wide shawl lengkap, akhir2 ni erk, pg bzaar remdan pakai short sleeves, erk el nino, panas.

Guane lah nak bersemangat.
Semangat oo semangat.

Ahah!

Inilah masanya kita mencari BOOSTER kita! \o/

Tanak pakai catalyst dah :p

Cari Booster yg mampu menambah iman. Cari Booster yg mampu menggerakkan kita. Cari Booster yg menguatkan kita.

Jangan cari cik Booster udah :q

Ada orang dengan mengingati mati, dia cuak, terus bersungguh nak baca quran. Ada orang dengan mengingati yg satu hari yg pasti nanti, hari di mana hanya keadilan yg bkal ditegakkan, dia akan dibangkitkan, dan dinilai dengan penuh teliti, dan diberi balasan yg setimpal, terus rasa bedebaq teketaq, terus bersungguh tak tinggal tahajjud. Ada orang dengan membaca ayat2 tentang kedahsyatan neraka, ke-tak-mungkin-ada-yg-boleh-tahan azab neraka di mana seringan-ringan azab kasot yg dipakai menyebabkan menggelegak kepala, terus hilang malas nak trawikh. Ada orang dengan membayangkan syurga, menanam rindu pada syurga, yg nikmatnya tak tercapai akal manusia, terus hilang kedekut nak sedekah tiap-tiap hari. Ada orang dengan membaca kisah2 nabi, menghayati perjuangan Rasulullah, akhlak, pengorbanan baginda, terus ringan tulang nak tolong Mama Papa tanpa sdikit pun rungutan. Ada orang sangat ter-motivate dengan member naik basikal yg rajin jemaah subuh kat mesjid, terus pam tayar basikal nak jemaah setiap waktu.

Terpulang. Masing2 perlu booster masing2.

Sebab nak tak nak kita kena akui yg tiada jaminan untuk bersua ramadhan lg nanti.

Rugi, teramat rugi, jika pesta ibadah kita tak endahkan. Bulan yg ganjaran Allah gandakan. Bulan yg setan-setan digari rapi hanya neninggalkan nafsu untuk kita perangi. So why do less when we can do more?

There will be a day iman weakens, laziness dominates, nafs conquers,

But not this month.

This Ramadhan, WE FIGHT!

Barangsiapa yg berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah (a.w)) diampunkan Allah (a.w) baginya apa-apa yg telah mendahuluinya dari dosa-dosanya; dan barangsiapa berdiri (yakni, menetapi ibadah) pada malam qadar kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah (a.w)) diampunkan Allah (a.w) baginya apa-apa yg mendahulukannya (i.e dosa-dosanya)). Hadith Bukhari

T_T

Yeah.

This time lets fight for it!

Yosh! \o/

Cintaku Bukan Di Atas Kertas

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani.

C.I.N.T.A.

Satu perkataan, lima huruf, dua suku kata yg bisa membuat jiwa gundah gulana, peluh dalam aircond, adrenalin mengalir deras bak air di kawasan jeram, dan detak jantung sekuat paluan rebana.

Eceyh.

Kalau keluar soalan dalam SPM, "Huraikan makna cinta. (10 markah)", gua konpem2, calon2 pakat dok nyanyi sambil jawab. yang tengah mekar bunga-bunga cinta, jawapan dia ala-ala lagu "All of Me", yg tgah heart broken dia asyik ulang perlahan-lahan ku terima. Haha. Yang pasti cinta itu topik yg hangat lg menghangatkan. Yang baca post ni pun teruja, cikB ni nak jadi doktor cinta plak ke?

Erk. Tidak. Tidak.
Serius tak!

Kalau dulu-dulu, zaman kanak-kanak riang, sampai zaman pra-matang, kalau orang tanya "Sayang tak Rasulullah?", mcm common sense la kan nak jawab, mestilah, ye dok.

Nak mamp*s jawab "tak sayang", nanti 40 hari 40 malam bpak anta pergi kursus pemulihan akhlak. Eheh.

Tapi sebelum kita pergi ke bab bagaimana nak cinta Rasulullah, kita fokus dulu bab definisi cinta.

Kata IPG, cinta itu kata kerja.

Kata orang2 drama, mencintai tak bererti memiliki.

Dan berbagai-bagai definisi lg. Huh.

Kalau umur dah masuk era kanak-kanak matang ni, majoriti akan rasa mcm pernah jatoh cinta. Atau setidak-tidaknya sedang dilamun cinta.

Eh.

Cintanya kita pada seseorang, setiap detik inginku tatap matanya. Detak jantungnya seirama dengan jantungku. Apa keinginannya, biar terpaksa kuredah perjalanan ktm 2 jam, akan kuharungi jua. Terasa kuat persamaan, sampai baju pergi prep pun sedondon walau tak janji pun apa-apa.

Geli sket. Eh.

Tapi itu realiti. Tolong jangan nak nafi. K.

Kita akan put aside everythg hnya untuk 'pemilik cinta' kita. Mere pyar, mere zindagi. Tujh mein rab dikhta hai.

Jadi, oleh kerana kita sudah pun tahu menahu erti cinta, haruslah kita meng-kata-kerja-kan "Saya Cintakan Rasulullah".

Dengan menghidupkan sunnahnya.
Dengan sentiasa berselawat ke atasnya.
Kenali Baginda. Selidik bukti cintanya pada kita. Rasakan. Hayati. Yg apa yg baginda korbankan hanya untuk kita dapat peluang bersamanya kembali ke syurga.

Kita sedaya upaya sepenuh jiwa raga nak membalas cinta Rasulullah pada kita. Sang kekasih yg tidak pernah lupa perihal kita walau tak pernah bertentang mata. Muhammad yg ini, tak sama dengan Muhammad klasmet kita. Muhammad saw telah pun membuktikan cintanya pada kita dengan darah dan keringat, Muhammad klasmet kita nak exam pun pinjam pen kita.

Di umur Mus'ab syahid ini, kita tak patot biar "Saya Cinta Rasulullah" hanya sembang tin cincau kosong.

Kalau tak cinta, jangan bilang cinta!

Baginda menunggu cintanya berbalas. Walau darjatnya Kekasih Allah, cintanya pada kita cukup agung.

Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang!

Rebutlah peluang membuktikan cinta pada baginda.

Katakanlah, kerana aku cintai Rasulullah, aku ingin bersamanya di syurga!

P/s: Untuk tambah cinta, saya cadang anda baca Raheeq Makhtum, dan Dalam Dekapan Ukhwah.

Tinggalkan ku, Perlahan-lahan Kuterima


Dari anas ra, dari nabi saw, beliau menceritakan yang difirmankan oleh tuhan yang maha 
mulia lagi maha agung " Apabila  seseorang mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal
maka aku akan mendekat sehasta, apabila ia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta maka
 Aku mendekat sedepa, dan apabila ia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang dengan

berlari." (Hr Bukhari )

 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ "
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, maka (jawablah), 
bahwasanya Aku adalah dekat.
-al Baqarah: 186-
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima~~
Semakin ku sakit~~

ceitt.

Kadang-kadang diri terasa begitu jauh dari Tuhan.
Seolah-olah Dia membiarkan kita berjalan di muka bumi penuh dugaan ini bersendirian.
Seolah-olah nasib kita ditentukan kita sendiri, bukan kadar se-kelip mata, malah lebih lagi.
Kita rasa solat sunat Subuh yg penuh mujahadah yg kita lakukan sudah hilang 'ummph' nya lagi.
Kita rasa 5 muka surat al Quran yg kita baca hari-hari sudah hilang manisnya lagi.
Serabut di kepala tak hilang juga.
Kita tempuh hari-hari dengan muka masam mencuka.
Penat hari ini berdepan masalah dan manusia belum hilang, tambah dengan beban esok pula.
Ish! Semak kepala!

Kita sampai sanggup bertanya, mengapa Dia tinggalkan aku sendiri?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Yang pasti,
Bukan Dia yg tinggalkan kita.
Tapi, mungkin,
Kita yg berhenti berlari menujuNya.
Kita yg berhenti mendekatinya.
Kita yg pilih makin jauh dariNya,
sejengkal, sehasta, sedepa.
Mungkin saja.

Dia sudah katakan, "...sesungguhnya Aku adalah dekat."

Kita yg menjauh.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


"...Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka 

hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, 

agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

-alBaqarah: 186-

Dia akan menjawab doa kita.
Memudahkan urusan kita.
Menghilang semak di kepala.
Mengangkat sesak di dada.

Dengan syarat, kita beriman kepadaNya.



 


 

Jimba di tengah kota?

Selesai satu urusan, kita teruskan dengan urusan lain.

***

Dia yang ar Rahman, tak putus-putus menunjukkan kasih sayangNya padaku. Dengan tarbiyyah yg aku terima baik dalam usrah, mahupun tika dalam monorel ke Masjid Jamek, semuanya aku hargai dan aku syukuri.

***

Balik dari picnic di KLCC, bertembung dengan pakcik makcik abang kakak yg baru pulang dari ofis. Peak hour. Yang sesak dan menyesakkan.

Aku lihat wajah-wajah yg tidak tampak aura ceria mahupun gembira. Letih barangkali. Suasana yg senyap langsung tidak menggambarkan kepadatan manusia dalam tren. Masing-masing tunduk menghadap skrin bercahaya. Tunduk, makin tunduk dan tersengguk-sengguk, mungkin letihnya tak tertahan lg. Ada yg merenung ke luar tingkap yg penuh debu dan kotoran bandar kuala lumpur, mungkin memikirkan urusan kerja yg tak selesai, mungkin memikirkan lauk apa yg menanti saat tiba di rumah, atau boleh jadi hanya renung kosong, melayang jauh kelaut. Sesekali terdengar tawa kecil, bisik halus antara penumpang, ubat sementara menunggu tiba di destinasi.

Apa yg pasti. Suasana tren yg mati.

Kemudian esoknya aku lihat pula adik-adik pulang dari sekolah. Yang kelakarnya umur kami mungkin beza setahun dua, tapi aku mungkin di takat bahunya sahaja. Hahah. Sesekali terdengar gelak tawa tembus tingkap bas. Huhh. Budak-budak. Takpe aok?

Sesampainya di tengah kota, mata terus tertumpu di gerai-gerai masjid india. Ish. Naluri manusia. Nafsu perempuan. Macam nak borong semua! Tapi aku punya prinsip juga. Beli buku dulu. Apa sangat manfaatnya beli baju itu ini, tudung itu ini. Sampingan saja.

Usai menghabiskan BR1M, pergi cuci mata. Haha. Adalah beli sikit untuk anak teruna jugak.

Tapi di celah-celah gerai, aku lihat insan-insan tak berdaya terduduk menadah tangan meminta belas. Kalau-kalau ada yg sudi menghulur seringgit dua, buat belanja beli air atau roti. Tiada siapa tahu bila kali terakhir si tua bertongkat itu makan.

Masjid india yg penuh dengan manusia. Baru hari selasa, dah penuh macam hujung minggu.

Macam-macam ragam orang. Sukar membeza yg muslim dan yang bukan. Kena tanya nama baru boleh tahu beza. Lemas jugak pandang orang lama-lama.

Kemudian lagi, dalam perjalanan pulang dihimpit orang-orang baru balik kerja. Buat kool ja sebab rasa mcm dah biasa. Hehh.

***

Banyak lagi hak manusia yg belum aku sempurnakan. Masih ramai 'Aishah' yg belum kenal Tuhan. Masih ramai 'Izzat' yg Tuhannya hanya dalam sembahyang.

Aku belum ber'zakat' atas segala ilmu, kefahaman dan didikan yg aku terima dalam jalan kembali mengenal Tuhan. Jalan pulang ke syurga.

Aku belum dapat fahamkan makcik jual jersi bola yg rambutnya aurat dan perlu ditutup rapi. Aku belum dapat fahamkan akak jual skirt yg islam tak sekolot yg dunia katakan. Aku belum dapat fahamkan semua yg ada di situ yg kita punya tujuan penting dicipta olehNya.

Belum lg dikira hak-hak penerima zakat. Azab berlapar lagi. Sakit demam tak berubat. Yang lumpuh. Yang kudung. Yang buta. Hak mereka menerima bantuan. Hak mereka diberi perhatian.

Terasa berat langkah mendaki maratib amal menuju ustaziyatul alam. Inikah tenaga yg kita harapkan?

***

Biarpun kemenangan Islam itu lebih pasti dari terbitnya matahari esok pagi, kita bukan nak jadi jenih yg hanya goyang kaki tengok tv. Kita bukan nak jadi geng usrah tegar, daurah sana sini tapi kefahaman simpan sendiri-sendiri.

Memang dunia tempat berpenat lelah dan hanya syurga tempat rehat abadi. Tapi kita bukan nak jadi yg penat-penat turun naik LRT alih-alih hanya membuahkan gaji cukup bulan tanpa apa-apa yg dapat dipersembahkan nanti di hadapan Tuhan.

***

Letih. Semak. Rimas dengan ragam dunia.

Tapi ambil lah cinta di langit dan tebarkannya di bumi.

Kita punya matlamat lebih tinggi dari menjadi perdana menteri. Menyentuh hati manusia agar hanya tunduk pada kuasa Ilahi!

Ayuh, kita mula gerak kerja kita! Sekali melangkah, pantang menyerah!

Aku teringin, tapi..

"Tak teringin ke..."

Apa kau ingat, aku tak punya 'rasa' itu.

Sekali sekala, aku pun teringin, berjimba di hujung minggu.
Menghilangkan 'penat lelah' hari minggu. Attend lecture nya. Attend tutorial nya. Bersengkang mata memerah otak mengisi ruangan kosong tutorial Mr Kiru. Sakit tulang belakang, tulang rusuk, urat badan, ngadap skrin bercahaya silau mata komputer riba.

Teringin juga berjimba di Mines, Mid, KLCC, dengan Daiso nya, Bakso Koplo nya, Kinokuniya nya, wayang nya, ice skating nya.

Sekali sekala, aku pun rasa aku punya 'hak' untuk ada ruang aku sendiri, masa aku sendiri. Aku rasa aku punya 'hak' untuk buat apa yg aku suka bila-bila aku mahu.

Sekali sekala, aku pun teringin ada yg 'mengisi' ruang kosong dalam hati, walaupun hatiku sememangnya sarat dengan manusia. Teringin juga punya teman tapi mesra waktu study, waktu makan, waktu jalan balik library. Yg berjanji setia akan 'mesra' sampai hujung nyawa.

Sekali sekala, aku pun teringin, ikut 'arus baru' dunia fesyen. Aku pun nak jadi muslimah terkiyutt abad ini. Aku tak mahu ketinggalan dalam berpakaian.

Sekali sekala aku rasa cukuplah aku skema dulu kala. Sekarang, aku dah dewasa. Sekali sekala aku rasa cukuplah aku ikut kata semua dulu kala. Sekarang, aku dah dewasa. Sekali sekala aku rasa cukup-cukuplah ngadap buku, aku yg dah dewasa punya 'hak' untuk bersuka ria!

Sekali sekala rasa cukup-cukup sudah, 11 tahun jadi budak sekolah. Cukup-cukuplah ikut peraturan itu dan ini. Baca buku itu dan ini. Main dan suka-suka hanya pada waktu itu dan ini.

Aku punya 'hak' untuk buat apa yg aku mahu, bila-bila aku mahu, dengan siapa pun yg aku mahu!

Astaghfirullah.

Aku pinta 'hak' itu pada siapa?

Aku yg fitrah wujudnya, sebagai hamba, pinta pada Yang Maha Kuasa, untuk punya hak berkuasa ke atas diri sendiri?!

Rasa sekali sekala yg melemahkan. Rasa sekali sekala yg memalukan.

Menyebalkan ._.

"Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah padaku." - az Zariyat: 56

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Aku ingin menjadikan seorang khalifah di bumi ini..." - al Baqarah: 30

Aku, selagi belum siap lab report, takkan keluar makan char kuey teow tepi Tesco.

Jadi patotnya, aku, takkan habiskan masa dan tenaga hanya untuk aku, selagi belum selesai tugas aku pada Dia.

Seronok-seronok juga, berpadalah.
Stylo-stylo juga, berpadalah.

Apa lah sangat hak seorang hamba.

Terpulang. Masing-masing punya akal. Punya hati.

Apa yang akan persembahkan pada Dia, andai nyawa diambil sepuluh saat lagi.

Ingat mati. Itu kunci tahan diri. Tiada siapa ingin mati tanpa tangki pahala belum cukip diisi, tangki dosa melimpah keluar isi.

Letih juga jadi hamba, tapi mujahadah kita, itu yg Dia kira. Syurga yg tiada tergambar di minda manusia. Andai tidak ter-'boost' membayang syurga, letak lah tangan atas api menyala. Neraka berganda dahsyatnya.

Takkan nak suka suki tengok movie riang ria di Tengahvalley, tapi malas baca Quran semuka sehari.

Aku punya tanggungjawab untuk faham tentang Dia, tentang agamaNya, untuk diamalkan apa yg diperintah, ditinggal apa yg ditegah, ditegakkan apa yg benar, dibuang apa yg tidak benar.

Bukan aku sorang saja. Kau pun sama. Bukannya al Quran itu untuk aku  sahaja. Untuk kita semua.



Everything seems to.... rhyme. Eheh.

SIPUT BABI ATAU KURA-KURA

"Kata murabbi aku, dalam surah al Asr nie, gini-gini..."

"Ikut tafsir ibn Kathir, surah al Asr ni, gini-gini..."

"Aku baca Sayid Qutb kata, al Asr ni, gini-gini..."

"Berat nanang lah al Asr nie weyh, cuak weyh..."

Berat nanang. Berat di mulut saja. Tapi hati kita masih rasa kita punya masa. Perbuatan kita, penyusunan masa kita masih seperti kita bakal hidup selamanya.

Semuanya tertangguh. Semuanya ditangguh.

Task usrah. Mutabaah amal. Lab report. Tutorial. Basuh baju. Basuh pinggan. Hatta makan pun tertangguh.

Cuma satu saja yg kita tak tangguh-tangguh. Bila tertera di skrin bercaya handphone,

"Zabedah added a photo of you.."

"Arnold Schawawawawa likes your photo..."

"Brgsjk and 10 others retweet your tweet..."

Terus capai fon. Scroll. Scroll. Scroll. Like. Comment. Lock phone. Bukak balik. Refresh nottification.

Ini tak boleh tangguh.

Walhal baru semalam tutup majlis baca al Asr. Walhal baru tadi baca al Asr time solat Subuh. Surah terbaik bila mamai2 pepagi.

Entah apa yg kita utamakan.

Kita pilih insta berbanding Tuhan.
Kita pilih sibuk semak status whatsapp orang berbanding status kita depan Tuhan.
Kita pilih hubungan atas talian dengan kawan berbanding Tuhan.

Sibuk tengok video itu, baca belog ini, like gambar itu, sampai terabai tanggungjawab pada Tuhan. Terabai bukan setakat tak buat, tapi buat lambat-lambat.

Belum cerita lagi kita lambat pergi kelas. Lambat hantar tugas. Lambat attend perjumpaan. Jalan lambat. Makan lambat. Semua lambat.

Hujung cerita, sibuk salahkan dia dan dia atas ke-tidak-sempat-an kita menyiapkan tugasan.

Salahkan lah Mark Zuckerberg, siapa suruh cipta Facebook.

Tuding jari pada semua, padahal kita jalan pergi kelas pun lenggang lenggok.

Nak buat macam mana, 24 jam mana cukup.

Eh, nie cerita pasal siapa?

Pasal aku. Pasal kau. Pasal setiap yg tangguh mejlis baca al Asr. Tapi tak pernah beramal dengannya.

Kita kata nak jadi mukmin super saiya, tapi kita wat lek ja.

Guane?

Mimpi je laa. Selagi jalan pun lambat, bangun pun lambat, selagi tu lah 24 jam takkan cukup. Seminggu takkan cukup. Sebulan pun takkan cukup.

Biar lah siput babi dengan kura-kura nak lambat pun, mereka tidak dibangkitkan untuk dinilai.

Sekian,
Yang ada keychain kura-kura.

Nikmat MELIMPAH!




فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ 
-Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?-


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



Harituh baca entri Selamatkan Cinta. Dua tiga hari lepas tuh akak-akak naqibah share ayat yg sama.

Coincidence? Mehh. Mungkin ada yg Dia ingin katakan padaku. Pada kami. Pada kita.

xx

Surah ar Rahman

Allah mulakan surah ini dengan menyebut "Dia" terlebih dahulu. "Dia" yg ar Rahman, sebelum "Dia" yg mengajarkan al Quran. "Dia" yg ar Rahman sebelum "Dia" yg menciptakan manusia.

Kenapa?

Kerana atas sifat "ar Rahman" Nya, Dia mengajarkan al Quran. Atas sifat "ar Rahman" Nya, Dia menciptakan manusia. Dan "ar Rahman" tu sendiri bukan sekadar yg Maha Pemurah.
Dia yg ar Rahman, yg masih bagi peluang untuk kita terjaga dari tidur pada hari ini, untuk terus bertaubat dan mencari jalan kembali pada Dia, walaupun Dia tahu masih ramai yg tidur terlajak subuh, masih ramai yg bangun terus bermaksiat padaNya, masih ramai yg menentang ad DinNya.

Kerana apa? ar Rahman tu bukan sekadar yg Maha Pemurah. Dia, yg Maha Pemurah, yg mengurniakan segala macam nikmat kepada manusia, dengan melimpah ruah. MELIMPAH RUAH.


108:1
                                                                          




"Sesungguhnya Kami, telah mengurniakan kepadamu nikmat yg MELIMPAH RUAH."


108:2

"Kerana itu dirikanlah solat dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu"

 al Kauthar: 1-2

Surah nie memang surah feveret nak baca dalam solat, sebab erk, tiga ayat ja. Hehh.
Tapi sekarang Allah hadirkan kesungguhan untuk membumikan surah ni dalam hati.

Kenapa "dirikanlah solat"? Sebab solat tu penghubung manusia dan Tuhannya. Kalau kita go thru ayat nie dengan lebih #deep lagi, Allah nak bagitahu,

"Wahai manusia, bukan ka Aku dah bagi segala macam nikmat, dari sekecil-kecil nikmat oksigen, sekecil-kecil nikmat sempurna anggota tubuh badan, sehingga ke sebesar-besar nikmat dapat stret A UPSR, PMR, SPM, sebesar-besar nikmat hadiah iPong 5s, hang kena la sedaqq diri, hang jangan lupa naa Aku yg bagi LIMPAHAN nikmat tu kat hang. Hang kena ada attachment yg kuat dengan aku. Stay connected to me la."
*exeggerate? Erk.


Kerana atas nikmat setiap helaan nafas yg kita selalu pandang sebagai sekecil nikmat tu, kita harus sentiasa berhubung denganNya. Kerana atas nikmat setiap detik gembira yg melakarkan senyuman, mahupun 'sengihan' di bibir kita, kita harus sentiasa berhubung denganNya.

Sekalipun kita merasakan "Aku tak pernah bahagia", "Aku tak punya siapa pun di dunia ni", "Aku selalu susah", mungkin kita perlu duduk sebentar dan fikirkan, apa lebihnya kita berbanding mereka di bawah jambatan, mereka di celah lorong gelap, mereka yg berlindung bawah atap rumah yg bocor. Kita mungkin rasa sakit hati ditinggalkan kawan, bahkan hati yg tersiat kerana kecewa itu takkan ambil masa selamanya untuk pulih, tapi bayangkan mereka yg sejak lahir lagi tak merasa nikmat perut yg kenyang, yg terpaksa menanggung peritnya berlapar sejak lahir until for the next 20 years of their life.

Mungkin pada saat itu kita akan malu pada Dia kerana dengan perut yg kenyang, kita masih salahkan Dia mengapa diri sering dikecewakan, walhal kita yg sering kali berputus asa dengan rahmatNya.

Ya, masih ramai yg susah di luar sana. Bukan kerana 'selective'nya dalam sifat ar RahmanNya, tapi kerana Dia menitipkan kasih sayangNya kepada mereka yg senang, agar mengasihi mereka yg susah. Supaya manusia tidak bersikap selective dalam berkasih sayang. Supaya manusia yg merasakan nikmat dunia yg melimpah ruah, berkongsi dengan mereka yg kesusahan di dunia, agar sama-sama dapat menempah kenikmatan abadi di syurga.


xx

Kerana Dia yg selama ini tidak henti-henti mengurniakan LIMPAHAN nikmat bahagia buat aku, aku ingin terus di jalanNya. Kerana Dia yg selama ini tidak henti-henti menitipkan kasih sayangNya melalui Mama Abah, melalui keluargaku, melalui sahabat-sahabat aku, melalui cikgu-cikgu aku, melalui semua di sekeliling aku, aku ingin terus istiqamah di jalanNya. Terus melangkah dalam jalan kembali ke syurga, agar aku dapat bersua dengan Dia yg memiliki dan mengurniakan kasih dan cinta.
-Yang serius bercinta-

Praise Allah atas nikmat sengih!











Cairnya Tarbiyyah


Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Apabila kerja rumah Sang Ahli Sihir jadi priority.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
"Dead"line Sang Ahli Sihir lebih kita risaukan berbanding "Dead"time kita.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Apabila solat sendiri lebih 'manis' berbanding solat jemaah.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Apabila buku Syed Qutb hanya kita buka waktu usrah.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Melihat pokok pun teringat tutorial Genetics.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Apabila kita pandang serong orang lain yg sibuk dengan jahiliyyah, 
walhal dalam diri masih tertegak jahiliyyah.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Apabila nikmat masa lebih banyak kita luangkan scroll timeline FB dan IG.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Kita habiskan weekend untuk "rehat"kan diri,
walhal ketenatan ummat menuntut tenaga kita dikerah.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Apabila movie jadi wasilah membentuk fikrah.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Apabila kita study dua jam dan rehat 3/4 jam.
Kita tahu cairrnya tarbiyyah,
Subuh pukul enam jadi pukul enam setengah.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Balik daurah zikir lailahaillallah,
Lepas daurah zikir "chocolate cake, chocolate cake" tak sudah sudah.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Dulu dengar Raef, sekarang layan Afghan.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Like gambar di insta lebih penting dari baca Quran semuka.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Bukak youtube lagi penting dari DDI semuka.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Leka dalam kelapangan waktu tanpa sedar kesempitan boleh datang tanpa diduga.

Kita tahu cairnya tarbiyyah, 
Apabila kita asyik pandang 'cair'nya orang berbanding 'cair'nya kita'.
Dan apa yg kita rasa kita mampu,
Duduk diam dan ambil ibrah.
Duduk diam dan ambil jalan tahap iman ter-lemah.
Atau lagi cair,
Salahkan dia, dia dan dia kerana tak ingatkan kita.

Dan anak kecil nun jauh di sana, melontar zionis hanya berbekal laungan takbir.

Itulah kita, terus biar cairnya tarbiyyah.
Cair dalam diri. Cair dalam biah.

"..Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.."- ar Ra'd:11

Mari kembali pekat! 


Kemarau Jiwa


Sejak akhir-akhir nie, ilham dariNya untuk menulis tak kunjung tiba. Menyepi, hilnag, entah ke mana. Tak kira berapa lama aku duduk depan skrin bercahaya nie, revise pengisian-pengisian dari manusia yg jiwa mereka ke syurga, semuanya kelihatan kabur dan samar. Sepertinya, tiada apa yg dapat dikongsikan, walhal ada saja usrah tiap-tiap minggu, ada saja daurah tiap-tiap bulan, ada saja member-member yg selalu berkongsi. Tapi segala ilmu dan kefahaman hanya mampu cerna sorang-sorang, dan hadam tanpa sedikit pun memberi manfaat buat yg lain.

Padahal,

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan) dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya."- ar Rum:24

Kita ambil pengajaran dari sifat hujan yg Allah nyatakan, menghidupkan bumi. Dan dengan 'penghidupan' bumi, hiduplah makhluk yg mendiami bumi. Dan makhluk bumi bukan sekadar manusia, tapi merangkumi sekecil-kecil amoeba sp. sehingga sebesar-besar gajah Afrika. 

Pendek kata, hujan yg turun sememangnya bermanfaat buat semua.

Apalah guna, ilmu dan kefahaman tentang Islam yg sebenar, hanya mampu aku tulis dalam buku nota, tutup, simpan dalam beg. Apalah guna, aku hanya sentap sorang-sorang lepas tadabbur ayat Quran, tapi masih ramai yg last sekali bukak Quran, waktu majlis khatam Quran dua tahun lepas.

Seolah-olah kebaikan dan manfaat yg aku dapat, hanya untuk aku. Lemahnya aku, hanya mampu merasa alangkah nikmatnya kelak jika aku di syurga, tanpa mampu aku katakan pada dunia, jom la kita masuk syurga sama-sama! Padahal, luasnya syurga seluas langit dan bumi! 

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu, dan kepada Surga yang luasnya SELUAS LANGIT dan BUMI, yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa." -Ali Imran: 133 
 Dan cukup koyakk la hati nie, bila baca post dari Inspector Saahab,

“As much as we hate the economic system of capitalism which benefits the economically mobile people to go higher up in the rank of social wealth and downgrades the ordinary people even further which creates a larger gap between the two, it happens everywhere, in every aspects of life, whether we realize it or not.


Take for instance the so-called righteous people who pray days and nights and have their ibadahs multiplied each day, the want to gain the most from this world, to win this race to enter Jannah. To them this life is a competition. Survival of the fittest. And the strayed people are left forgotten, getting more strayed day by day. They either want to change but don't know how to or they don't want to change even they know how to.

The so-called good people are getting closer to Allah and the strayed are getting more carried away with their sins. But wait a minute! Are they even getting closer to Allah when they let their friends to go down the wrong path without even trying to lend a hand?

Life is not about getting our friends or enemies out of the equation so that we have less variables to deal with. It's about bringing them together with us into the equation and solve the problem for the best interests of all”
-NMS


Dengan post-post akhir-akhir nie yg bersifat peribadi dan penuh emosi. Matlamat nak buat sumbangan kecil dengan mengisnpirasikan jiwa lain, terus lari entah ke mana. Hilang erti 'sumbangan'.

xx

Maaf andai aku, dengan belas kasihan dariNya, diberi kefahaman tentang agama, tidak mampu menunaikan hak yg lain untuk dapat kefahaman yg sama. Maaf juga andai aku salah guna medium aku bercerita tentangNya, untuk bercerita tentang aku. Berjuta-juta maaf!

xx

Tapi aku tetap pandang segala yg terjadi ini adalah tarbiyyah (didikan) Allah untuk aku. Mungkin Dia ingin katakan padaku, aku perlu seimbangkan soal berbicara tentangNya, dan berbicara denganNya. Mungkin Dia ingin aku tahu, silap aku terlebih dalam neraca 'hubungan manusia', melebihi 'hubungan dengan Allah'.

xx

“Umat Islam adalah satu-satunya umat yang paling beruntung di dunia sekarang ini
kerana mereka memiliki Wahyu Allah yang terpelihara dalam keadaan utuh dan dalam
bentuknya yang asli, bebas dari kekotoran campur-tangan manusia. Setiap kata-kata
yang ada di dalamnya masih persis sama dengan ketika ia diturunkan kepada Rasulullah
saw.

Namun umat Islam ini juga adalah orang-orang yang paling malang di dunia ini,
kerana, walaupun mereka memiliki Wahyu Allah tetapi mereka tidak dapat memperoleh
berkat dan manfaat wahyu tersebut, yang sebenarnya tidak terhitung banyaknya itu”
-Abul al ‘Ala Al Maududi













Takdir yg Aku Mahu

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengaisihani

[kredit: Ikhwan]


Takdir yg aku mahu.

xx

Dua tiga hari lepas, borak panjang dengan murobbi. Seharian berborak, ber-beli-belah dekat Iman Shoppe, well, baru dapat BB1M, pusing Mines kejap, then, ber-bakso-koplo. Hehhh, lalut.

Okayh2.

Teringat kata2 murobbi pertama kat Notts nie,

"Kita kena banyak jumpa orang, baru kita dapat belajar dari pengalaman orang."

Dan memang, banyakkkk sangat yg aku belajar dari murobbi yg sorang nie.

xx


Qawiy

Sejak keluar sekolah, aku rasa, banyak sangat ujian yg Allah bagi. Aku rasa la. Tapi hakikatnya, bila dengar kisah2 orang lain, pffft. Apalah sangat ujian yg aku dapat. Ujian itu mengikut tahapan iman, dan aku pun rasa terpukul tertampar la kan. Tahap apa la iman aku nie. Fizikal-li, sentiasa merasa cukup. Kalau lapar, sentiasa ada Apollo. Kalau dahaga, paling kurang beli Ribena dekat 7E, takpun, water-cooler. Baju cukup la pakai tak ulang dua minggu. Heh.

Cuma diuji, kekuatan jiwa. Itu pun, sikit sangat. Setakat selsema waktu nak test. Setakat sakit kepala. Setakat esaimen psycho. Setakat lab report yg ada tempoh seminggu nak buat. Setakat tutorial yg tak buat pun tak kena marah. Setakat 2 bulan tak jumpa Mama Abah Izzat.

Ada orang dah 5 bulan tak balik, dan bila waktu nampak sesuai untuk balik, mendapat 'seruan' berbakti pada agama. Pada saudara seagama. Ada orang, mungkin seminggu dah tak makan. Ada orang baju pun sehelai je ulang berminggu-minggu. 

Ada orang, tak cukup tidur nak bagi adik usrah faham tadabbur ayat Quran. Ada orang, skip makan terkejar-kejar komuter nak pergi usrah. Ada orang weekend fully occupied, pergi daurah, mukhayyam, mabit, untuk persiapkan diri, baiki diri untuk menyubang pada ummah.

Dan ada 529 orang, yg dijatuhkan hukuman mati, kerana perjuangan mereka menegakkan agamaNya.

Dan aku? Masih runsing, macam mana nak start esaimen Psychology. Masih runsing, malam satgi taktaw nak masak apa. Masih runsing, konfius nak pakai baju apa nak pegi Mines weekend nie. Masih runsing, teringat-ingat kisah2 lama. 

Qawiy tahap apa la sangat. Jalan dakwah dan tarbiyyah bukan untk orang yg manja. Yang nak merungut bila tak dapat balik. Yang nak merungut tidur tak cukup. Makan tak kenyang. Bukann.

Dan aku harus belajar, detach dari benda2 remeh sebab aku punya tuntutan yg lebih besar. Yang menuntut jiwa aku bersih dan kuat. Jiwa yg takkan lemah biar kata-kata tajam manusia lain membelah hati, jiwa yg takkan lemah biar tuntutan jiwa yg ber-rajakan nafsu tidak dipenuhi, jiwa yg takkan lemahh biar hari ini bertemu kegagalan kerana jiwa itu yakin Pemilik Hakiki Jiwa ini sentiasa menawarkan harapan dan keampunan dan kasih sayang dan segala pengakhiran yg baik, andai jiwa ini tidak berhenti melangkah. 


Pengharapan dan pergantungan itu hanya wajar disandarkan pada Dia.

xx

Aku Milik Ummah

"Perasaan, keinginan, ideologi, fikiran dan pendapat-pendapat mereka, kebencian, kecenderungan, kesenangan dan ketidaksenangan mereka, dari segala segi keperibadian atau sifat mereka semuanya tunduk dan patuh kepada suruhan dan larangan Allah." - al Maududi [Dasar-dasar Islam]

 Tunduk dan patuh kepada Allah. Bukan setakat sujud, dahi mencecah tanah, tapi hati, kecenderungan, kesukaan, kegemaran, mesti selari dengan kehendak Dia.

Kenapa? Simple. Kita HAMBA Dia. Kekuasaan apa yg dimiliki seorang hamba untuk bertindak against Tuhannya?

Dan aku harus mula bersedia, persiapkan diri,

[kredit]
Kewajipan yg kita ada lebih banyak dari waktu yang kita ada.

Masih ramai yg tak faham kenapa dia Islam. Masih ramai yg tak faham kenapa kena tutup aurat. Masih ramai yg tak faham kenapa kena solat, puasa, baca Quran, so on so on lahh. 

Dan aku tak boleh terus "masih peduli hal sendiri".

xx

Curhat sahaja. Jadi Keyboard warrior sahaja tak bawa ke mana. Tindakan perlu bermula sekarang! Perlu seimbangkan "talking about Him and talking to Him".


Aku yakin, betul-betul yakin, Dia ingin kan syurga buatku, buat kita. Cuma amal kita yg menentukan, cukup bersungguh kan kita nak merebut tangga teratas syurgaNya?


                                                                  YOSHHHHH! 


Aku mahu berada dalam takdir yg aku mahu!

Obsesiku!



Dengan nama Allah yg Maha pemurah Lagi Maha Mengasihani

Erk, mohon 4minit 4 saat anda untuk nengok video nie :)

If Today Was Your Last Day

"..jump of the building and do sky-diving.."

"..I'll do something creative.."

"..tell my family how much I love them.."

Andai esok hari terakhir anda, apa yg akan anda lakukan?

**************************************************************


Dulu, bagi aku husnul khatimah (pengakhiran yg baik) adalah mati atas katil, dalam tidur, malam Jumaat dengan wajah yg tersenyum.

Ataupun, meninggal dalam sujud waktu solat di mesjid.

Ataupun, meninggal di Mekah, atau Madinah.

But, it is somehow weird how did I've forgotten para pejuang agamaNya yg bermati-matian berperang mempertaruhkan nyawa di medan perang? Syahidnya mereka, bukankah husnul khatimah?

It's getting more weird that I've also forgotten para ibu yg nyawa terkorban saat melahirkan anak. Hilangnya nyawa mereka, untuk menyelamatkan satu lagi nyawa, bukankah husnul khatimah?

Pelik-pelik ja aku nie. Ingat husnul khatimah nie, mati yg tak sakit ja.

*************************************************************

Dan aku terus biar diriku dalam state of mind begitu. Eee, takotlah nak cakap pasal mati nie. Serammm. Macam buang tebiat je.

Dan aku terus begitu sehinggalah,

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengata "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? -al Ankabut:2

**************************************************************

Aku cukup terkesan dengan penulisan Sayid Qutb. Deep baq hang.

Bagaimana, seorang yg sisa-sia  terakhir hidupnya, dihabiskan dalam penjara, bahkan diseksa dan diseksa. Kerana apa? Kerana beliau punya hasrat meng-islam-kan Muslim sendiri. Membina Individu Muslim, mempersiapkan kader dakwah, membantu manusia kembali kepada Tuhan, bukannya agar beliau diberi penghormatan kuasa mahupun harta, tapi kerana beliau jelas dengan matlamat hidupnya. Sebagai HambaNya. Dan khalifah dibumiNya. Menyampaikan yg haq pada dunia. Dan penulisan dan fikrah yg dibawanya membawa impak yg luas dan mendalam dalam dunia dakwah dan tabiyyah khususnya.

Tapi mengapa dengan usaha semurni itu, pengakhiran hidupnya di tali gantung?


Kisah Ahmad Ammar. Mula-mula ingatkan akh Ammar nie sekadar bahan-cerita-fesbuk-orang-sebarkan-orang-komen-dan-tamat-begitu-sahaja. Siapa sangka, akh Ammar juga punya kematian yg menghidupkan. Biar kisahnya tersebar luas di Garis Masa Mukabuku, perjalanannya cukup berinspirasi. Orang Mesia merantau di negeri orang, tak ambil jurusan sains pun, tapi saat kematiannya, terbongkar rahsia hidup! Anak muda berjiwa syurga. Anak muda yg hidupnya dimanfaatkan buat umat.

[Kisah Ahmad Ammar]

Tapi mengapa, dengan peribadi sehebat itu, beliau pergi kerana kemalangan dilanggar ambulans?


Murabbiku pernah berkongsi cerita. Perginya seorang akh setelah dia sampaikan pengisian Syahadatul Haq akibat eksiden motorsikal. Perginya murabbi kepada murabbiku, setelah bertarung nyawa dengan penyakit yg pada awalnya ala kadar sahaja tetapi pada akhirnya meragut nyawanya, meninggalkan anak pertama yg tak sampai setahun melihat dunia.

Tapi mengapa? Bukankah mereka pejuang-pejuang agama? Bukankah mereka ini kader-kader dakwah yg tanpa henti membantu manusia kembali pada Tuhannya? Mengapa pengakhiran mereka seakan terpaksa melalui sakit  dan kepayahan yang, hurm, yang, hurmmm tak tahu nak cakap.

Seolah- olah mereka merasakan sakit yg, yangg, subhanallah sakit dia.

*************************************************************

Baru-baru ni baru neuron otak bersambung. Sebelum ni lack of dopamine agaknya.


Bukankah pengakhiran para sahabat Rasulullah dahulu di medan perang?

Mus'ab bin Umayr, syahidnya dia, sampai kain pun tak cukup untuk tutup seluruh badan. Ditutp kepala, terbuka di bahagian kaki, begitulah sebaliknya.

Hamzah bin Abdul Mutalib. Membela Rasulullah saat Baginda dihina dan dikeji Abu Lahab. Pengkahirannya? Jantungnya dimamah Hindun.

Eh tapi kenapa pengakhirannya begini? Kenapa tidak dikatil empuk atau diriba orang tersayang? Mereka kan yg berpegang pada agamaNya dan berjuang menegakkan yg haq?

I. Cant. Brain. This.


Anda rasa mengapa? Apa hikmahnya?

************************************************************

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengata "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? -al Ankabut:2

Ya. Kerana ini. Mana mungkin bisa mencapai tahap keimanan super saiya andai diri tak pernah diuji. 

Dan kerana fikrah mereka2 ini, fikrah Islam, mereka memandang semua perkara melalui kaca mata Islam, mereka akhirnya mempunyai bird-eye view dalam memandang dunia. 

Seolah-olah, sakit yg dirasakan, penderitaan yg dialami, seksaan yg dijilani di dunia ini, hanya bak digigit semut api saja!

Tak kesahlah, kat syurga nanti, ada bidadari yg tolong sapukan obat. Gituw!

Biarlah bercerai jasad dengan nyawa. Biarlah bercerai tulang dan daging. Biarlah bercerai aku dan dia. Demi Yang Maha Besar, aku relakan jua. Biar sakit yg aku rasa bukti cintaku pada Dia. Dan biar derita di dunia, jadi saksi aku telah menyumbang pada agama!

**************************************************************
Tapi, ia tak mudah yg disangka. Macam mana nak sanggup menahan sakitnya ditusuk pedang kalau tak tahan mengantuk nak bangun qiam?

Bagaimana kita ungkapkan "Aku ingin berjiwa syurga!" kalau hati tak mampu memilih antara iman dan jahiliyyah, antara kelalaian dan perkara bermanfaat, antara pahala dan dosa?

Dan keimanan super saiya itu tidak diperoleh dengan sekadar membaca kisah2 pengorbanan dan perjuangan orang lain. Tidak cukup. Dan jiwa-yg-dah-sampai-ke-syurga tidak diperoleh dengan hati yg masih bermanja dan bersenang lenang dengan jahiliyyah dan dosa!

That's it. Malaih nak pikir apa2.


"...dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam agama.."-al Hajj:78

How we see things really matters. Tak cukup tidur sebab usrah habis lambat. Terpaksa berlapar sebab nak settle lab report sebab weekend occupied dengan daurah dan usrah. Ini mungkin Masalah besar bagi kita yg punya iman sekecil semut baby. Konon inilah pengorbanan terbesar kita untuk dakwah dan tarbiyyah.

Walhal yg diluar sana mengambil batu dan kayu berdepan zionis sang raksasa!


Kata IG, we do too little dakwah, yet expect to enter jannah?

Mari berjiwa syurga, agar jasad di dunia bergerak ke arahnya.


Islam akan bangkit, with us, or without us. 
Kiamat akan tiba, bersedia atau tidak.
Dan surga itu pasti, bagi mereka yg beriman dengan janjiNya.

Sesungguhnya kemenangan itu dekat!





Yang kolot itu kita.

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

"Hidup di bawah bayangan al Quran adalah suatu kenikmatan yg tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yg mngecapinya sahaja. Ia adalah suatu kenikmatan yg meluhur, memberkati dan membersihkan usia seserorang."

Bagaimana seorang yg sedang menjalani hukuman di penjara, menjalani seksaan demi seksaan, mampu menulis karya, menulis tafsir alQuran, dan membicarakan soal nikmat Allah yg penuh kemanisan dan keindahan? I. Jus. Cant. Brain. This.

Sayid Qutb. Menghafaz alQuran sejak kecil. Orang penting dalam seducation stream di Mesir. Yet, ketika di awal usianya hanya punya ilmu tentang Islam, tetapi tidak kefahaman Islam yg sebenar.

Dan ketika syahidnya Imam Hassan al Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin, penyusun alMathurat, hadir wake up call untuk Sayid Qutb. Walaupun dua2 tokoh ni berada di Mesir, hidup dalam zon masa yg sama, tapi mereka tak punya landasan yg sama.

 [Sejarah Ringkas Sayid Qutb, erk, bacalahh]

Dan kerana Allah telah mempersiapkan beliau sejak awal lagi; persiapan seorang tahfiz, persiapan ilmu sastera Arab, persiapan orang penting pendidikan, maka perjalanan beliau setelah mendapat wake up call itu sangat memberi impak besar dalam dunia Islam, specifically, dunia dakwah dan tarbiyyah.

One part of Sayid Qutb's journey of life which inspires me is, how he thinks and looks at things.

Beliau punya fikrah Islam yg sangat hebat. Kerana kefahamannya terhadap alQuran dan Islam, beliau melihat dunia ini from a bird-eye view. Dunia yg dipenuhi manusia yg punya skop yg terlalu sempit dan kecil dalam memandang ke hadapan. Dunia yg dipenuhi manusia yg kolot kerana meletakkan Islam hanya sebagai agama walhal ia adalah ad Din, cara hidup.

Ya, status/darjat Islam melebihi sekadar menjadi agama atau form of sembahan untuk manusia. Islam is a way of life. Islam mengajar sebesar-besar perkara dari soal perkahwinan, finance, sehingga ke kecik-kecil perkara nak-makan-pakai-tangan-kanan. Islam bukan setakat mengajar bagaimana untuk solat tapi Islam mengajar bagaimana dengan perlaksanaan dan penyempurnaan solat kita mampu mencegah perkara mungkar. Islam bukan setakat mengajar perkara2 yg membatalkan puasa tapi Islam menekankan bagaimana dengan berpuasa kita boleh increase our level of taqwa. Islam bukan setakat mewajibkan zakat tapi Islam juga punya cara dalam soal berurus niaga.

jadi, amatlah kolot bagi orang yg mengatakan Islam itu kolot kerana mereka hanya memandang islam sebagai agama. Dan sekali lagi, Islam bukan sekadar agama, but it is a way of life.

Dan kerana Rasulullah itu rahmatan lil alamin (rahmat sekalian alam), dan alQuran diturunkan untuk baginda sampaikan, mana mungkin alQuran hanya relevan untuk masyarakat dulu kala. Ia sepatutnya relevan sampai bila-bila!

Sistem hidup Ilahi sewajarnya seimbang dan tidak dipisahkan dari penciptaan dan kemajuan manusia. People, muslim especially, should start seeing things menggunakan kaca mata Islam. Bagaimana perlakuan kita menyumbang kepada Islam? Bagaiamana penciptaan dan kemajuan yg kita bawa selari dengan kehendak Islam?

Sebab apa?



Kerana selapas roh berpisah dari jasad, selepas terbit matahri sebelah barat, kita akan dibangkitkan semual, untuk dihisab baik buruk amal kita, perbuatan kita dan sejauh mana kita melaksanakan suruhanNya.

masa tu, nak jawab apa?
"..sistem hidup Ilahilah yg menggerakkan daya penciptaan dan kemajuan itu dan membimbingnya je jalan yg betul supaya manusia dapat melaksanakan tugas khalifah di bumi ini iaitu tugas yg telah dikurniakan Allah kepada mereka di samping membekalkan mereka dengan bakat-bakat kebolehan dan tenaga-tenaga yg cukup untuk melaksanakan tuags yg dibebankan ke atas mereka."
-Sayid Qutb-

Bagaimana nak tambah keyakinan terhadap sistem Islam dan alQuran?
You gotta read it first. 
Baca dan berlapang dada dalam menghayati maksud setiap ayat.

Kita nak terima Islam, sepertimana biskut Marry yg dicicah teh o panaihh. Meresapp dalam-dalam.
Kita bukan na terima Islam sepertimana buah strawberri yg dicelup cokelattt. Hanya menyalut di luar.

Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah . -alBaqarah:138-
Sibghah Allah. Celupan Allah.

Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
-atTakwir:29-


Buka hati. Buka minda. Islam tidak sekolot minda kita. 

Syokk Baq Hang Duduk Ghumah!

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Syokk Baq Hang Duduk Ghumah!

Dilayan bak raja.
Diberi perhatian seperti akulah Sang Ratu.
Apa aku nak, semua mak masak.
Apa aku teringin, semua pak beli.
Apa aku suruh, by hook or by crook, adek-adek, kaklong bang teh semua kena ikot!

Pasaipa? Beta balik sekali ja per semester.

Amboi, apabila diri dilayan sebegitu, solat sunat subuh entah ke mana, tadabbur tilawah quran buat-buat lupa, buku shahadatul haq dibiar berhabuk dalam bagasi ja.

"Birrul walidain"? Jangan harap la. Hampeh.

Alasannya mudah saja. Takda biah solehah kat rumah.
"Erk, kak lang ngan bang tam bukan orang usrah, depa mana nak remind Mutabaah Amal."
"Mummy daddy busy."
"Adekk la nie asyik ajak ngadap movie."

Tiada biah solehah, maka tiada iman kah?
Tiada biah solehah, maka tiada Tuhan kah?

Bear in mind, hisab itu bersifat individu.

[Surah Maryam]

On the Day of Judgement, we will be standing alone. Mak Pak ka, Kak Ngah ka, Mak Su ka, jiran blakang rumah ka, geng wusrahh ka, geng lab ka, tadak aih. Kita akan dihisab olehNya, individually.


Nak tak nak, KITA KENA JAGA DIRI SENDIRI. KENA JAGA IMAN SENDIRI.

Ingat tak before hijrah, Rasulullah ada buat Perjanjian Aqabah? Waktu Perjanjian Aqabah I, plus minus, ada 12 orang Madinah yg datang untuk berbai'ah. Lepas tu, Perjanjian Aqabah II, plus minus 73 orang Madinah datang berbai'ah.

Okayh, mana datang 73 orang nie?

Sebelum PA II, Rasulullah telah menghantar Mus'ab bin Umayr untuk menyampaikan tentang Islam kepada penduduk Madinah. Memang cukup lejen ah, sebab tiada satu rumah pun yang tidak diketuk Mus'ab untuk menyampaikan kebenaran.

Dan yg lebih lejennya, Mus'ab terpaksa berpisah dengan murabbinya (Rasulullah le) selama setahun untuk berdakwah kepada penduduk Madinah! Setahun tanpa biah solehah. Setahun tanpa sesiapa untuk mengingatkannya supaya keep on the right track.

Setahun, tanpa gerup Whatsapp usrah untuk remind ayat2 Nya.
Setahun, tanpa Friend2 FB untuk share2 bahan ilmiah.
Setahun.

Tapi, kerana Tarbiyyah Dzatiyyah (Tarbiyyah Kendiri) yg mantap, Mus'ab boleh sustain iman.
Dan yg gila kentang punya lejen, apabila hidupnya jiwa dan iman Mus'ab, menghidupkan jiwa 73 orang lagi. 73 orang yg takda basic Islam pon.

Dan kita, masih berani2 tak malu nak salahkan ketiadaan geng wusrah di sisi, sebagai punca lopong2 dalam Mutabaah Amal.

Pfftt. Get a life.

[Surah al Isra']

"...cukup;ah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung atas dirimu."

Buatlah apa cara sekalipun, supaya iman kekal steady.
Amal yg wajib kita jaga molek-molek,
Amal yang sunat tambah-tambah, dan terus istiqamah,
Andai tiada insan yg mengingatkan, masih ada buku-buku fikrah,
Dan mintak pada Dia, mintak, mintak, dan terus mintak, supaya Dia jaga kita.

Asyil-asyik, "Tuhan jagakan dia..". Tamaw mintak Tuhan jaga kita?

Pffft.

Cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini saja, jangan terus menyalahkan keadaan. Nak present depan Allah nanti, kita sorang-sorang ja.


Apa pun jadi, iman kena steady!
Apa pun jadi, siapa pun di sisi, 

akan ku kembali padaNya dengan keimanan yg paling TINGGI!

Tak kisah lah kita raja apa pun di rumah, title HAMBA ALLAH kekal sampai bila-bila.
Dan tak kisahlah kita lejen level ke berapa, 
yg pasti, kita nak jadi lejen, 
dan lejen mana boleh putus asa.


[Ikhwan, pinjam gambar eh!]

Antara al Ikhsan dan bundle shop

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

As I walked to the academic block, a girl with a Nike bag passed by.


Wow.

When it comes to PE class, I would secretly admire the adidas sport shoes owned by my classmate.

Wow.

At every begining of academic session, I would be amazed with their collections of branded sylo-mylo water bottles, bag, watch, and even spectacles.

Hurmm.

I was not brought up that way. Bukanlah mewah, tak jugak serba kekurangan, hdupku di antara butik al ikhsan dan bundle shop. eh.

Tengah2. Sederhana.

Dan menjadi lumrah, untuk manusia sntiasa menginginkan yg best2 ja. Aku slalu membayangkan, andai skarang aku tak mampu menggalas beg Kappa ke skolah, I want my kids to have those bags. Andai skarang aku jarang merasa naik kereta BMW mahupun Swift, kelak anak2 ku akn dhantar ke sekolah naik Alphard. (eh ramainya anak :p)

Dan angan2 pun berubah menjadi keazaman apabila kian remaja, kian dwasa.

Seiring dgan ptambahan usia, tak terlepas dr seorg gadis untk menginginkan perfume DKNY, baju Voir, seluar Diesel, tamaw pakai Safi atau fair and Lovely, dan handbag paling kurang pun, FOS :p

Yg lbih melengkapkan, gadjet iPong 5 dgan kamera merah edisi Yuna.

Keazaman yg ada semakin kuat. Aku mesti punya kerja yg pling gempak. Gaji yg melimpah. Mesti.

Mama abah x gagal mendidikku, agar hdup pnuh sederhana. Biar sederhana asalkan hdup bahagia. Dan Alhamdulillah, bahagia xprnah tggalkan kami. Ceyyh.

Tapi, aku tetap ingin merasa hdup mewah. Ingin merasa memandu mini cooper, merasa duduk rumah ada swmmg pool, melancong merentas benua.

Sampailah Allah menegurku. Zaap!

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yg sempurna) sbelum kamu menafkahkan sbhgian harta kamu cintai. Dan apa sahaja yg kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahui." -3:92

The World doesnt evolves only around us. Harta, pendapatan, apa2 yg milik kita, bukan skadar untuk memuaskan nafsu keinginan memiliki duit berkepuk di dompet dan akaun bank.

Amat rugi org yg bfikiran sempit. Yg matlamatnya hanya menguntungkan dirinya.

"Dan brgsiapa yg dipelihara dr kesempitan fkrannya, mereka itulah org2 yg beruntung." 59:9

Kerana sifat mementingkan diri, kekedekutan, dan ke-mementingkan-diri, umat Islam xboleh lagi nak keluar dr kelompok kehinaan dan kemunduran.

Yang tua2 kaya, sibuk mengkayakan lgi tanpa ambil peduli masih ada yg bpuasa tanpa berbuka. Yang muda2 sibuk belajar untuk jadi kaya dan kaya dan lupa dia juga punya tanggungjawb pada agama.
Biar berkepuk duit dalam dompet asal hati tak pernah lupa pada Yang Maha Kaya. Biar rumah diperbuat dri emas asal tak biar saudara seagama terus lemah dan lemas. Biar tak pakai beg Reebok ke sekolah asal semua anak2 Islam dapat ke sekolah.

Kerana zakat, sedekah, dan soal menginfakkan harta, bukan skadar ibadah zahir.

Dan 'kepuk'kanlah duit, untuk jalan Allah. Sirf Allah.

"Erti hidup pada memberi. -Ust Hasrizal"

Sweet n Sour

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tak pasti nak letak tajuk apa. Curhat aku, yg mcm sweet n sour dah pon. Macam-macam.



Sembang-sembang dengan Kak Ruqi. Katanya, "Ada sorang akak tanya, kalau akak mintak korang tak payah fly (pergi UK), for the sake of DnT (dakwah dan tarbiyyah), mesti korang fikir dua kali kan?"

Bukan soal jawapannya yg menjadi persoalan. Tapi, ini soal menafkahkan diri, jiwa, keinginan, kepada jalan Allah. Demi kepentingan Islam. Kalaulah soalan ini diajukan pada aku, aduhhh, pening seyh!

EXAM-BANGUN MALAM


Ramai orang kata, Tahajjud ni, sumber kekuatan. Sumber ketenangan. Tapi, ishh, hati ni berbelah bagi lagi. Tahajjud masih belum jadi prioriti. Kalau orang kejut, bangunlah. Kalau ada daurah, mabit, bangunlah tahajjud. 


Tiba-tiba, usrah mala tum, asyik cakap pasal solat malam ja. Terasa seolah ada kilat tanpa guruh yang membelah dada. Hekk!



"Verily, the rising by night (for Tahajjud prayer) is very hard and most potent and good for governing (the soul), and most suitable for (understanding) the Word (of Allah)." - Surah al Muzammil :6

Very hard. Yet, the most potent and good for governing the soul. DUSHH!



[kredit]



Agenda usrah diteruskan lagi dengan sesi sentap apabila Kak Ruqi share kisah sahabat, seorang perawi hadis, Abdullah Ibn Abbas.

Waktu kecil, Rasulullah pernah mendoakan Ibn Abbas agar dikurniakan hikmah kebijaksanaan. Dan beliau memang sangat PANDAI. 


Diceritakan, rumah Ibn Abbas tidak putus-putus dikunjungi manusia untuk menuntut ilmu. Selesai satu kelompok, masuk kelompok yg seterusnya. Sampai sesak jalan nak ke rumahnya! Busy-nya!
Tapi Ibn Abbas seorang hamba Allah yg hebat. Solat malam menjadi prioriti beliau.

Dush! Seorang yg sangatttlah pandai pon, rajin solat malam. Kita yg nak dapat distinction pon jenuhh la berpeluh berpulun, malas-malas nak tahajjud. DUSHH!

REHAT


Jihad tidak selari dengan rehat. HAA!

Dibah kata, waktu dia pergi Twins of Faith, ada sorang Sheikh ni pesan, sepatutnya, personaliti kita, keinginan kita, berlandaskan apa yg Islam syariatkan. Kalau kita kata, kita ni susah nak bangun awal pagi ni, KENA UBAH! Sebab Islam memang tekankan solat tahajjud, solat sunat qabliah subuh, subuh berjemaah.

HOMAII!

Baru nak sentap sendiri T_T


YOSHH!


TER-NAFKAH-KAH AKU

"..apa yang dikorbankan untuk Allah, pada hakikatnya hanyalah memberikan hak yg memang sudah menjadi milikNya." -al Maududi
Masa kita. Jiwa kita. Kebolehan kita. Tubuh kita. Hakikatnya bukan kita yg punya. Mana kan layak  kita berbuat sesuka hati atas apa yg bukan milik kita.


"The only statement of the [true] believers when
they are called to Allah and His Messenger to
judge between them is that they say, "We hear
and we obey." And those are the successful." - an
Nur: 51

Kami mendengar dan kami patuh.

Patuh.


Kekuatan bukan perlu ditunggu, ditunggu dan ditunggu. Tunggu kalau-kalau ada yg sudi bagi semangat. Tunggu kalau-kalau mimpi nampak neraka baru nak berubah. Baru nak berkorban.


Strengt is gain. Gain by ourselves.



"Akan sampai satu tahap, awak akan tolak tepi semua attachment2 yg tak penting, dan fokus pada dakwah dan tarbiyyah" 
Dalam erti kata lain, fokus pada jalan menuju Allah. Daripada dok melangut tunggu, kapan kan tiba waktu itu, baik hang mula la nie. Pikiqq kaih cara nak sustain iman takmau bagi jatoh. Lepaih pikiqq kena mula teghuih.


"But if they do not respond to you - then know that
they only follow their [own] desires. And who is
more astray than one who follows his desire
without guidance from Allah ? Indeed, Allah does
not guide the wrongdoing people." -al Qasas :50

Tiada yg lebih sesat melainkan yg mengikuti hawa nafsunya.


[kredit]

TAWAKAL


Konsep tawakal bukan tertutup sekadar lepas-hantar-kertas-exam-pastu-baca-bismillahitawakaltua'lallah.



Kata ulama', ada 3 tahapan tawakkal. Membuang
angan angan. Membuang pilihan. Seperti seorang
mayat yang sedang dimandikan oleh pengurus
jenazah.

Tahap mayat yang di hadapan pemandinya. Kita berserah, tak kisah la what ever that awaits us, we believe, Allah has the best plan for us. Aku, dan mungkin ramai antara kita, cenderung untuk rasa, "Okayh aku dah study semua chapter, tutorial sampai 5-6 kali buat, past year dah rebus minum, air yasin, jus oren yasin semua dah minum, insha Allah, Dia akan bagi result gempak tahap super saiya."

The truth is, tahap tawakal tertinggi adalah, setelah berusaha, kita tak kisah pon apa yg Allah nak bagi kat kita. Gempak ke, tak ke, tak jadi satu isu pon. Kita yakinn, seyakin-yakinnya, yg Allah akan bagi apa yg terbaik untuk kita.

Tawakal must always comes with usaha. Must. Berdoalah, moga Dia tunjukkan hikmah atas setiap takdirNya pada kita. Berdoalah agar Dia memberi apa yg terbaik buat kita, dan kita mampu melihat hikmah hikmah atas keputusanNya.

"We plot, Allah plots. But He is the Best Plotter."
"Dan kerana takdir Allah mengatasi perancangan manusia."

YAKIN!


Konsep tawakal, bukan sekadar waktu exam.

Soal bagaimana masa depan aku.
Dapat tak jadi pensyarah nie.
Dapat ke sustain iman nie.
Dapat tak pergi UK nie.
Dapat ke jodoh yg sesuai (ehh)
Ada ke orang nak kat aku nie (EHHH!)
Smooth ke projek aku nie.
Boleh sembuh ke penyakit nie.
Boleh ke mak pak aku dapat tabiyyah jugak.

Dalam setiap aspek kehidupan kita, serah padaNya. Dan jangan pernah berhenti berusaha.


Kerana, aku, dan kamu, we're born as non-stop fighter!


YOSHHH!