Aku teringin, tapi..

"Tak teringin ke..."

Apa kau ingat, aku tak punya 'rasa' itu.

Sekali sekala, aku pun teringin, berjimba di hujung minggu.
Menghilangkan 'penat lelah' hari minggu. Attend lecture nya. Attend tutorial nya. Bersengkang mata memerah otak mengisi ruangan kosong tutorial Mr Kiru. Sakit tulang belakang, tulang rusuk, urat badan, ngadap skrin bercahaya silau mata komputer riba.

Teringin juga berjimba di Mines, Mid, KLCC, dengan Daiso nya, Bakso Koplo nya, Kinokuniya nya, wayang nya, ice skating nya.

Sekali sekala, aku pun rasa aku punya 'hak' untuk ada ruang aku sendiri, masa aku sendiri. Aku rasa aku punya 'hak' untuk buat apa yg aku suka bila-bila aku mahu.

Sekali sekala, aku pun teringin ada yg 'mengisi' ruang kosong dalam hati, walaupun hatiku sememangnya sarat dengan manusia. Teringin juga punya teman tapi mesra waktu study, waktu makan, waktu jalan balik library. Yg berjanji setia akan 'mesra' sampai hujung nyawa.

Sekali sekala, aku pun teringin, ikut 'arus baru' dunia fesyen. Aku pun nak jadi muslimah terkiyutt abad ini. Aku tak mahu ketinggalan dalam berpakaian.

Sekali sekala aku rasa cukuplah aku skema dulu kala. Sekarang, aku dah dewasa. Sekali sekala aku rasa cukuplah aku ikut kata semua dulu kala. Sekarang, aku dah dewasa. Sekali sekala aku rasa cukup-cukuplah ngadap buku, aku yg dah dewasa punya 'hak' untuk bersuka ria!

Sekali sekala rasa cukup-cukup sudah, 11 tahun jadi budak sekolah. Cukup-cukuplah ikut peraturan itu dan ini. Baca buku itu dan ini. Main dan suka-suka hanya pada waktu itu dan ini.

Aku punya 'hak' untuk buat apa yg aku mahu, bila-bila aku mahu, dengan siapa pun yg aku mahu!

Astaghfirullah.

Aku pinta 'hak' itu pada siapa?

Aku yg fitrah wujudnya, sebagai hamba, pinta pada Yang Maha Kuasa, untuk punya hak berkuasa ke atas diri sendiri?!

Rasa sekali sekala yg melemahkan. Rasa sekali sekala yg memalukan.

Menyebalkan ._.

"Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah padaku." - az Zariyat: 56

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Aku ingin menjadikan seorang khalifah di bumi ini..." - al Baqarah: 30

Aku, selagi belum siap lab report, takkan keluar makan char kuey teow tepi Tesco.

Jadi patotnya, aku, takkan habiskan masa dan tenaga hanya untuk aku, selagi belum selesai tugas aku pada Dia.

Seronok-seronok juga, berpadalah.
Stylo-stylo juga, berpadalah.

Apa lah sangat hak seorang hamba.

Terpulang. Masing-masing punya akal. Punya hati.

Apa yang akan persembahkan pada Dia, andai nyawa diambil sepuluh saat lagi.

Ingat mati. Itu kunci tahan diri. Tiada siapa ingin mati tanpa tangki pahala belum cukip diisi, tangki dosa melimpah keluar isi.

Letih juga jadi hamba, tapi mujahadah kita, itu yg Dia kira. Syurga yg tiada tergambar di minda manusia. Andai tidak ter-'boost' membayang syurga, letak lah tangan atas api menyala. Neraka berganda dahsyatnya.

Takkan nak suka suki tengok movie riang ria di Tengahvalley, tapi malas baca Quran semuka sehari.

Aku punya tanggungjawab untuk faham tentang Dia, tentang agamaNya, untuk diamalkan apa yg diperintah, ditinggal apa yg ditegah, ditegakkan apa yg benar, dibuang apa yg tidak benar.

Bukan aku sorang saja. Kau pun sama. Bukannya al Quran itu untuk aku  sahaja. Untuk kita semua.



Everything seems to.... rhyme. Eheh.

No comments:

Post a Comment