Nikmat MELIMPAH!




فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ 
-Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?-


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



Harituh baca entri Selamatkan Cinta. Dua tiga hari lepas tuh akak-akak naqibah share ayat yg sama.

Coincidence? Mehh. Mungkin ada yg Dia ingin katakan padaku. Pada kami. Pada kita.

xx

Surah ar Rahman

Allah mulakan surah ini dengan menyebut "Dia" terlebih dahulu. "Dia" yg ar Rahman, sebelum "Dia" yg mengajarkan al Quran. "Dia" yg ar Rahman sebelum "Dia" yg menciptakan manusia.

Kenapa?

Kerana atas sifat "ar Rahman" Nya, Dia mengajarkan al Quran. Atas sifat "ar Rahman" Nya, Dia menciptakan manusia. Dan "ar Rahman" tu sendiri bukan sekadar yg Maha Pemurah.
Dia yg ar Rahman, yg masih bagi peluang untuk kita terjaga dari tidur pada hari ini, untuk terus bertaubat dan mencari jalan kembali pada Dia, walaupun Dia tahu masih ramai yg tidur terlajak subuh, masih ramai yg bangun terus bermaksiat padaNya, masih ramai yg menentang ad DinNya.

Kerana apa? ar Rahman tu bukan sekadar yg Maha Pemurah. Dia, yg Maha Pemurah, yg mengurniakan segala macam nikmat kepada manusia, dengan melimpah ruah. MELIMPAH RUAH.


108:1
                                                                          




"Sesungguhnya Kami, telah mengurniakan kepadamu nikmat yg MELIMPAH RUAH."


108:2

"Kerana itu dirikanlah solat dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu"

 al Kauthar: 1-2

Surah nie memang surah feveret nak baca dalam solat, sebab erk, tiga ayat ja. Hehh.
Tapi sekarang Allah hadirkan kesungguhan untuk membumikan surah ni dalam hati.

Kenapa "dirikanlah solat"? Sebab solat tu penghubung manusia dan Tuhannya. Kalau kita go thru ayat nie dengan lebih #deep lagi, Allah nak bagitahu,

"Wahai manusia, bukan ka Aku dah bagi segala macam nikmat, dari sekecil-kecil nikmat oksigen, sekecil-kecil nikmat sempurna anggota tubuh badan, sehingga ke sebesar-besar nikmat dapat stret A UPSR, PMR, SPM, sebesar-besar nikmat hadiah iPong 5s, hang kena la sedaqq diri, hang jangan lupa naa Aku yg bagi LIMPAHAN nikmat tu kat hang. Hang kena ada attachment yg kuat dengan aku. Stay connected to me la."
*exeggerate? Erk.


Kerana atas nikmat setiap helaan nafas yg kita selalu pandang sebagai sekecil nikmat tu, kita harus sentiasa berhubung denganNya. Kerana atas nikmat setiap detik gembira yg melakarkan senyuman, mahupun 'sengihan' di bibir kita, kita harus sentiasa berhubung denganNya.

Sekalipun kita merasakan "Aku tak pernah bahagia", "Aku tak punya siapa pun di dunia ni", "Aku selalu susah", mungkin kita perlu duduk sebentar dan fikirkan, apa lebihnya kita berbanding mereka di bawah jambatan, mereka di celah lorong gelap, mereka yg berlindung bawah atap rumah yg bocor. Kita mungkin rasa sakit hati ditinggalkan kawan, bahkan hati yg tersiat kerana kecewa itu takkan ambil masa selamanya untuk pulih, tapi bayangkan mereka yg sejak lahir lagi tak merasa nikmat perut yg kenyang, yg terpaksa menanggung peritnya berlapar sejak lahir until for the next 20 years of their life.

Mungkin pada saat itu kita akan malu pada Dia kerana dengan perut yg kenyang, kita masih salahkan Dia mengapa diri sering dikecewakan, walhal kita yg sering kali berputus asa dengan rahmatNya.

Ya, masih ramai yg susah di luar sana. Bukan kerana 'selective'nya dalam sifat ar RahmanNya, tapi kerana Dia menitipkan kasih sayangNya kepada mereka yg senang, agar mengasihi mereka yg susah. Supaya manusia tidak bersikap selective dalam berkasih sayang. Supaya manusia yg merasakan nikmat dunia yg melimpah ruah, berkongsi dengan mereka yg kesusahan di dunia, agar sama-sama dapat menempah kenikmatan abadi di syurga.


xx

Kerana Dia yg selama ini tidak henti-henti mengurniakan LIMPAHAN nikmat bahagia buat aku, aku ingin terus di jalanNya. Kerana Dia yg selama ini tidak henti-henti menitipkan kasih sayangNya melalui Mama Abah, melalui keluargaku, melalui sahabat-sahabat aku, melalui cikgu-cikgu aku, melalui semua di sekeliling aku, aku ingin terus istiqamah di jalanNya. Terus melangkah dalam jalan kembali ke syurga, agar aku dapat bersua dengan Dia yg memiliki dan mengurniakan kasih dan cinta.
-Yang serius bercinta-

Praise Allah atas nikmat sengih!











3 comments:

  1. Aishah!! Semalam nana rasa down sgt. Adalah rasa mcm tkde siapa siapa kat dunia ni.Hmm. And today you post this. Jazakillahu khair ya ukhti!!! :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waiyaki. Ada hikmahnya Dia gerakkan hati untuk share ni :) Nananananana semangat2! \o/

      Delete
  2. nice sharing..suka sgt..good job akak..

    singah blog sya pulaa yeaa..ada apa dgn duit??

    ReplyDelete