15 march '14


Mr Jaya.

Katanya, "the distinct feature of something must relate to its main function."

Contohnya artery. Distinct characteristic, strength. Sebab? Artery is where blood with high pressure is transported. Jadi artery perlu elasticity, strength untk withstand the pressure of blood flow. Specifically, oxygenated blood.

Contoh lg, vein. Distinct characteristic, valve. Sebab? Nak ensure one way flow of blood, dan so on so on lah.

Tu bukan cerita utamanya.

Ceritanya, aku terfkir, apa distinct feature manusia, yg berkait dgan fungsi utamanya?

Yang kita tahu, specialnya manusia pada akal dan hatinya. Akal yg boleh berfikir dan mencerna ilmu dan maklumat. Dan hati yg menghadam, membumikan kefahaman agar jasad dapat mempraktikkan. Dengan akal dan hati ini, tjuan hdup kita sbgai hmb Allah dan khalifah, dapat dilaksanakan.

Persoalan bgaimana tu, mungkin boleh fikir sama2. 

Jadi, make sense la kan- the distinct feature of something must relate to its main function? 

._.

2:30 & 51:56 (alQuran)

8 April '14


Hujan mencurah. Aku pun nak curah ._.

Hari ini masuk hari kedua,
Hujan lebat turun tak terkira lebatnya,
Kalau berterusan tiga empat jam boleh tenggelam clock tower. Hehh, lalut.
Tapi mungkin, hujan nencurahkan isinya,
Kerana ia rasa tak tertanggung lagi meluatnya,
Melihat bumi terus kotor dan kotor dengan dosa manusia.
Lalu ia mencurahkan segala isinya untuk membersihkan bumi.
Dan kilat, guruh yang tak henti menyambar dan berdentum adalah kiriman amarahnya pada kita yg mengotorkan bumi dengan dosa.
Mungkin juga, kilat dan guruh tanda amarah Sang Pencipta Langit kerana kita bermaksiat padaNya di atas bumi milikNya.

Dan si pendosa macam kita,
Terus tarik selimut bila hujan turun.
Biar bumi terus kotor dengan dosa kita.

"Peduli apa? Hujan kan ada."

21 May '14


Esok exam maths. So I was going through my previous test paper.

Ish! Geramnya!

Buat soalan yg menatang linear correlation apa bnda statistics tu. Formula betoi dah. Kira x-square, y-square, etc etc panjang berjela pon betoi dah. Tinggal nak masok dalam formula ja.

Tapi, on the first step 'key in' number, tertinggal satu number. On the very begining tu dah terlupa.

Peluh2 gua kira yg seterusnya salah habes semua! Salah! Lesap! Huhh.

Panas hati gua. Sikit ja silap kat atas, habes semua.

Sama macam amal kita. Silap sikit waktu permulaan tak jaga niat, tak perbetul niat, tak niat keranaNya, peluh mcm mana pun solat, letih mcm mana pun menelaah, lelah mcm mana pun sapu sampah, kalau x niat keranaNya?

Tak tahu amal yg disangka membuahkan pahala, boleh jadi tinggal habuk saja.

Aku tak buat kerja Tuhan nak nilai amal orang diterima atau tak tapi kita sama-sama amek precautions step jaga niat kita, hanya kerana Dia.

Hatta nak berenang pun niat keranaNya! Ehh.

Hadis 1: Niat

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab Radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan..."
[HR Bukhari & Muslim]