PERTAMA-TAMANYA~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Wah wah! Alhamdulillah, berjaya jugak siapkan entry pertama. Moga-moga bermanfaat ye! InsyaAllah =]

"Cry. Let your tears water the seeds of your future happiness."


Mungkin semalam ada yang teresak-esak kerana ditinggalkan 'anje' atau 'ucuk' mereka. Mungkin semalam juga ada yang menangis kerana mama papa tak izinkan pergi tengok 'The Hobbit' dengan kawan-kawan. =="


Benar, tangisan itu pelembut jiwa. Para sahabat Rasulullah, malah Rasulullah sendiri turut menangis.



Sob sob :'(

Suatu hari, semasa masih kecil, Umar Abdul Aziz pernah menangis teresak-esak secara tiba-tiba sehingga membuatkan ibunya risau. Lantas ibunya bertanya:


“Wahai Umar, atas sebab apakah engkau menangis?”


Umar Abdul Aziz menjawab: “Wahai ibu, sesungguhnya aku teringatkan maut” 


Dan dia terus menangis teresak-esak. Mendengar jawapan itu, si ibu gementar dan turut menangis bersama.



Air Mata Fire Extinguisher





Sewaktu Rasulullah bangkit, perkara pertama yang akan dilakukan Rasulullah ialah mencari umat baginda. Tetapi terdapat satu kelompok umat yang dipisahkan dari Rasulullah saw dengan satu benteng api. Mereka adalah umat yang sering melakukan maksiat dan ingkar pada perintah Allah. 


Maka, atas dasar kasih dan sayangnya Rasulullah kepada umatnya, Rasulullah berdoa dengan berwasilahkan keberkatan al Quran, zakat, sedekah, zikir dan lain-lain amal ibadah yang dilakukan umatnya. Namun, usaha baginda masih gagal. 


Lalu, Jibril datang membawa segelas air dan memberikan kepada Rasulullah untuk memadamkan api tersebut. Hanya segelas air yang mampu memadamkan api yang marak. 


Segelas air mata umat Rasulullah yang menangis kerana bertaubat dan takut akan dosa yang dilakukan terhadap Allah. Masya Allah! =]


Jadi?


Menangis itu fitrah. Sebab itulah wujudnya 'kelenjar air mata'. ;)

Biarlah air mata yang mengalir atas sesuatu yang munasabah. Dan janganlah terlalu kerap menangis sampai banjir satu rumah! 



yahh!

The best lesson sometimes is through the worst experience. Fikir sejenak. Ambil ibrah atas setiap yang berlaku. Semalam sudah berlalu. Today is a gift, that's why it is called the present. Bad things happen, but life must go on. 


Buat mata yang selalu menangis, SABARLAH! Semangat2! =]



1 comment: