.Scool.Leavers.







Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

The end. Adios zaman uniform. Adios school life.


wah-wah!


3.30pm. Saat pengawas peperiksaan mengungkapkan kata-kata azimat terakhir "Masa menjawab telah tamat", rasa nak tercabut jantung. 

Woo Hoo! *jerit diam-diam.

Bisingnya dewan sri larut tuh macam waktu sambut merdeka!

But, the future that awaits for us, is ... not as easy as we might expecting.

Ujian paling besar sekarang : Nikmat masa lapang.
*telan air liur.

It had been almost a month those 'lepasan SPM' being at home. Perhaps some of us had been to Turki, Singapore, New Zealand or rumah atok nenek. Some might be able to drive ayahanda's Proton Inspira. 





Apa-apa pun yang dilakukan 'some people' itu, sejauh manakah masa cuti-paling-lama-tanpa-kerja-sekolah ini dimanfaatkan?

Daripada Ibn Abbas ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:
    "Dua nikmat yang kebanyakan manusia rugi dalam menerima   
      keduanya iaitu nikmat sihat dan waktu lapang"

Kalau buat business, semua nak untung. Hidup pun maw untung maa. So, dearest SCHOOL LEAVERS, do appreciate our time

Cherita XOXO

Pada suatu hari, 
ketika usrah terakhir...

   Seorang sahabat berkongsi kesahnya.
   "Dulu, mama suruh kite buat kerja rumah, kite mesti rasa tak puas 
     hati. Kenapa tak suruh adik je? Kite kan baru balik asrama. 
     Mama nie."
    *sentapp.
      "Sekarang ni, baru kite faham. Mama papa suruh kite basuh baju, 
     kemas rumah, buat kerja rumah sebab mama papa nak rasa 
     kehadiran kite kat rumah. Selama ketiadaan kite, parents kita 
     yang setelkan kerja-kerja rumah."

Yes, war-warkan kepada seluruh isi rumah yang kita ada dekat rumah! How? Ringan-ringankan tulang tolong apa yang patut. Start with the basic. Cuci pinggan, basuh baju, kemas rumah, hantar adik pergi kelas quran. Lagi advance? Prepare breakfast or dinner. Wah2! Bila satu family makan masakan kita sama-sama, self-satisfaction memang full!

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001
Demi Masa!
A002
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
A003
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Jadi?

Manfaatkan masa sebaik-baiknya. Jangan sampai cramp otot mata sebab terlalu lama menghadap skrin bercahaya. Jangan sampai kelenjar mata kering sebab banyak menangis tengok filem cinta. Dan jangan sampai pituitary gland berhenti berfungsi, jantung berhenti berdegup, diaphragm pun dah tak relax and contract, baru nak kelam kabut. 

Pastikan iman kita ada jawapan apabila disoal kelak tentang apa yang kita lakukan tentang masa muda kita. 

SCHOOL LEAVERS, selamat beramal!

=]

nyum!

No comments:

Post a Comment