ne vous fâchez pas !

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Orang France kata "ne vous fâchez pas".
Omputih kata "Dont get angry".

Orang Melayu kata "Jangan Marah". tadaa~

yaargh!
Hadis Rasulullah saw 

Suatu hari, datang seorang pemuda kepada Rasulullah dan berkata:
"Wahai Rasulullah berikan aku nasihat"
Rasulullah menjawab:
"Jangan kamu marah"
Lelaki itu bertanya lagi.
"Apakah ada lagi nasihat yang lain?"
Rasulullah menjawab,
"Jangan kamu marah"
Sekali lagi lelaki itu bertanya. Rasulullah tetap menjawab, jangan kamu marah.



Hidup itu kembarnya ujian 

Siapa tak pernah marah angkat tangan? lol.

Takkan tak marah kot bila nak pegi skolah, kasut hilang?
Takkan tak marah kot bila bangun pagi, mak bising2 suruh buat kerja rumah?
Takkan tak marah kot bila orang kaco kita tak tentu pasal?


Marah boleh membunuh! gulp.


How??

#Anger can raise your heart rate to 180 beats a minute. It can raise your blood pressure from 120 over 80 to 220 over 130, perhaps even higher.
#Your breathing becomes rapid as you try to get more oxygen into your body.
#Your body tenses and and your muscles become tight.
#Anger also impedes circulation. Lack of oxygen can cause severe chest pains. Uncontrollable anger can trigger the bursting of a brain artery resulting in a stroke.
#Anger stimulates the release of acids in the stomach causing acid reflux and gastric ulcers.

aiyaaa!


Walaweyh~ todiaa. 

My Story 

Siapa tak pernah kan? ayat cover.

Saya pernah marah pada seseorang itu. Marah sangat. Bukan sehari dua. Berhari-hari lamanya~

Sampai dya jadi imam pon takleh dengar suara dya. Urghh,

Kenapa? Salah faham. Susah nak nampak kebaikan pada diri dya walaupon dya sangat baik orangnya. 

Whatever dat "orang ini" buat terhadap saya, baik atau sebaliknya, saya tetap pandang perbuatannya dengan pandangan amarah! fuyoo.



Haha. Sengall~
  "Kita kena sabar. Cuba sabar sket"
Cakap memang senang weyh. 

Hakikatnya?

Actually, everything depends on us. How we think. How we deal with the situation.

Usaha kita sendiri untuk kawal marah. Doa? Wudhuk? Nanges guling-guling? Cara dah ada, kita yang pilih. Jangan Maki-maki udah ler.

Allah 'sent' "orang itu" to test my patience. Without "orang itu" attitude, I wont be able to REALLY understand His message in the Quran.

Maksudnya : Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.

Forgiving has never been easy. But, at the end of the day, it is up to us. ayat Pakcik Izham. hehe.

 
Nak saket hati sorg2? Nak tambah dosa dengan membalas tak tentu pasal? Atau nak dapat pahala, sebab bersabar?

Disebabkan kemarahan itu, saya belajar doa nie. Kebetulan masa tengah gerammm sangat tuh, bukak GenQ and I found this.


   Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdo`a dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir".

 Yes. No matter how hard the situation can be, turn back to Allah. He has the best solution for us. Patience and believe in Him.ngee :D



Jadi, jangan marah-marah ye. Bawak-bawak la bersabar. Bila lagi nak belajar sabar.  

Marah biar bertempat.  =]

"...hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang"::Surah ar Ra'd:28:: 


                                  :3 




 
 

 

Jiwa Mesti Qawiy





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Saat diri teruji, ramai yang terduduk.adoii.

Mungkin lebih dahsyat lagi, jatuh tersembam lantas tidak mampu mengumpul kudarat untuk bangkit semula. 




"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?"  
Surah al Ankabut :2 
 Mama Papa kita mungkin sudah tidak sehaluan. Bestfwen kita bukan orang yang memahami. Hidup kita hanya boleh digambarkan dengan satu perkataan, BUH-SAN.

Ada antara yang mungkin menyalahkan Tuhan.gasp.

Cermin balik pada diri sendiri. Mana mungkin ketenangan boleh hadir kalau solat hanya di sekolah saja. Wajarkan kita dambakan kekuatan kalau kali terakhir baca al Quran 5 tahun yang lalu? Patutkah kita mengharapkan diri kita terjaga kalau soal aurat diambil mudah?


Hurmm??

Harapkan orang menghargai kita, sedangkan diri tak pernah bersyukur atas nikmat bernafas dari Allah?

Cherita Mama

Mama tak pernah mengalah. Mungkin Mama nie sebenarnya Wonder Woman Malaysia.

Pagi Mama lah chegu tadika paling sporting dan ceria. Melayan kerenah kanak-kanak riang yang tak pernah faham bahasa.wah wah.



Najwa latif??

Tengah hari, Mama jadi seorang jururawat professional. Mama uruskan Tok dan Wan yang tenaganya sudah tinggal separuh. Wan sudah tidak mampu berjalan. Kadangkala, Wan berkelakuan seperti anak kecil yang perlukan perhatian yang lebih. Mama yang uruskan Wan, dari sekecil-kecil menyuap makanan, sehingga sebesar-besar memandikan Wan. Keadaan Tok juga semakin merisaukan. Setiap hari terpaksa menggunakan "hamolyzer". Mama selalu skip lunch demi memastikan Tok dan Wan terjaga.

Malam, tugas sebagai ibu tak pernah berakhir. Sediakan dinner. Iron baju. Mama macam gabungan Timbalan Pengetua HEP, Penyelia Asrama, Penghuluwati dan mungkin DP BWP XD.

Mama selalu sembunyikan keletihannya. Air mata Mama hanya ketika Mama bersama Allah. 

Sob sob :') 




Mama Spirit Booster SEBENAR

Mama selalu pesan, "Kalau setakat sedih sebab kawan, Mama ada sebab yang lebih kukuh untuk menangis. Kalau setakat markah Addmath C, Mama lebih layak untuk letih berusaha".

"Tapi sampai bila nak putus asa?"

"Biar semua orang tak faham sekalipun, ALLAH TAK PERNAH TINGGALKAN KITA"

Sesiapa yg Allah mahukan dirinya berada dlm kebaikan, nescaya akan diujinya dengan beberapa kesusahan.
HR Bukhari dan Muslim 

tetibe.


Carilah

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut mengubah nasibnya sendiri"

 Mahu terus hidup dalam "ketidaktenangan" atau menCARI jalan ke arah ketenangan? Mahu terus dalam "ketidakbahagiaan" atau menCARI jalan untuk dekat kepada Yang Maha Penyayang?




Bukanlah berniat untuk "membangga-banggakan" Mama. Anda juga punya ibu yang OSEM. Sekadar berkongsi.

Kalau kita susah, ingat, sentiasa ada orang yang lebih susah.


Nobody is perfect. But there is no wrong to strive towards perfection. Kesempurnaan iman :')

Changing for good is not a crime.



Be positive. And. Smile. pakai 16 otot je kowt~


[ Jiwa.Mesti.Qawiy]