Jiwa Mesti Qawiy





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Saat diri teruji, ramai yang terduduk.adoii.

Mungkin lebih dahsyat lagi, jatuh tersembam lantas tidak mampu mengumpul kudarat untuk bangkit semula. 




"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?"  
Surah al Ankabut :2 
 Mama Papa kita mungkin sudah tidak sehaluan. Bestfwen kita bukan orang yang memahami. Hidup kita hanya boleh digambarkan dengan satu perkataan, BUH-SAN.

Ada antara yang mungkin menyalahkan Tuhan.gasp.

Cermin balik pada diri sendiri. Mana mungkin ketenangan boleh hadir kalau solat hanya di sekolah saja. Wajarkan kita dambakan kekuatan kalau kali terakhir baca al Quran 5 tahun yang lalu? Patutkah kita mengharapkan diri kita terjaga kalau soal aurat diambil mudah?


Hurmm??

Harapkan orang menghargai kita, sedangkan diri tak pernah bersyukur atas nikmat bernafas dari Allah?

Cherita Mama

Mama tak pernah mengalah. Mungkin Mama nie sebenarnya Wonder Woman Malaysia.

Pagi Mama lah chegu tadika paling sporting dan ceria. Melayan kerenah kanak-kanak riang yang tak pernah faham bahasa.wah wah.



Najwa latif??

Tengah hari, Mama jadi seorang jururawat professional. Mama uruskan Tok dan Wan yang tenaganya sudah tinggal separuh. Wan sudah tidak mampu berjalan. Kadangkala, Wan berkelakuan seperti anak kecil yang perlukan perhatian yang lebih. Mama yang uruskan Wan, dari sekecil-kecil menyuap makanan, sehingga sebesar-besar memandikan Wan. Keadaan Tok juga semakin merisaukan. Setiap hari terpaksa menggunakan "hamolyzer". Mama selalu skip lunch demi memastikan Tok dan Wan terjaga.

Malam, tugas sebagai ibu tak pernah berakhir. Sediakan dinner. Iron baju. Mama macam gabungan Timbalan Pengetua HEP, Penyelia Asrama, Penghuluwati dan mungkin DP BWP XD.

Mama selalu sembunyikan keletihannya. Air mata Mama hanya ketika Mama bersama Allah. 

Sob sob :') 




Mama Spirit Booster SEBENAR

Mama selalu pesan, "Kalau setakat sedih sebab kawan, Mama ada sebab yang lebih kukuh untuk menangis. Kalau setakat markah Addmath C, Mama lebih layak untuk letih berusaha".

"Tapi sampai bila nak putus asa?"

"Biar semua orang tak faham sekalipun, ALLAH TAK PERNAH TINGGALKAN KITA"

Sesiapa yg Allah mahukan dirinya berada dlm kebaikan, nescaya akan diujinya dengan beberapa kesusahan.
HR Bukhari dan Muslim 

tetibe.


Carilah

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut mengubah nasibnya sendiri"

 Mahu terus hidup dalam "ketidaktenangan" atau menCARI jalan ke arah ketenangan? Mahu terus dalam "ketidakbahagiaan" atau menCARI jalan untuk dekat kepada Yang Maha Penyayang?




Bukanlah berniat untuk "membangga-banggakan" Mama. Anda juga punya ibu yang OSEM. Sekadar berkongsi.

Kalau kita susah, ingat, sentiasa ada orang yang lebih susah.


Nobody is perfect. But there is no wrong to strive towards perfection. Kesempurnaan iman :')

Changing for good is not a crime.



Be positive. And. Smile. pakai 16 otot je kowt~


[ Jiwa.Mesti.Qawiy] 

3 comments:

  1. "Kalau kita susah, ingat, sentiasa ada orang yang lebih susah." this quote, reminds me of my very best friend. whenever i felt down,he comes beside me telling me this quote.

    btw, aku rasa, kau juga mampu jadi booster mcm mama kau suatu hari nanti~ insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. Aishah, awesome!
    Even dh tk berada kat mktb but still boleh boost my spirit everyday dgn bukak blogg aishah :)
    Keep it up!

    ReplyDelete
  3. aishah...style la...good2...nanti tgk blog aq pulk..hehe

    ReplyDelete