Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
A simple story from a friend of mine. Masih baru tapi dia sangat berminat dalam dunia penulisan. Moga bermanfaat. Mohon komentar membina ye! =]
"Cinta
yang diperlukan oleh seseorang itu ialah cinta yang menguatkan bukan cinta
yang melemahkan dan seseorang itu memerlukan cinta yang menyucikan bukan
cinta yang mengotorkan."
HAMKA
-IQ-
|
Cinta Picagari (Bahagian 1)
1 .sticky note warna pink dia bagi masa hari last spm.dia letak atas
meja lepas je habis last paper
2 .sticky note warna hijau dia bagi waktu bufday aku yang kebetulan hari
first exam spm.
3 .sticky note warna hijau dia bagi waktu satu minggu cikgu dalam
pertengahan exam spm.
MR IQ..haha..kenapalah kau antara orang yang jiwa kacau.
sape agaknya dia eh?.moga 2 aku akan tahu sape dia satu hari
nanti dan harapnya dia….
TQ
DIARY
Izzah meletakkan diarinya di bawah
bantal. Dia tersenyum apabila terkenangkan semua sticky note pemberian MR IQ
itu.
Sehingga sekarang dia masih menduga
siapa sebenarnya MR IQ.
Di sekolah Izzah antara pelajar perempuan yang boleh
dikatakan popular. Secara fizikalnya dia memang cantik tetapi kecantikkannya
bukan hanya pada luaran tetapi juga pada dalamannya .Itu yang membuatkan dia menjadi kegilaan pelajar lelaki SMK Keyumbit. Walaupun
ramai yang cuba mendekatinya,namun MR IQ tetap berbeza padanya. Sehingga
kini,hanya sticky note pemberian MR IQ masih tersimpan rapi di dalam diarinya.
“Entah-entah Mr IQ tu..Ah! Tak
mungkin dia”, bentak hatinya.
“Akak tak tidur lagi ?” soal ibu
yang tiba-tiba muncul dimuka pintu.
“Tak mak, ingat nak baca novel
sekejap .Esokkan akak cuti.”
“Kamu ni dari dulu memang hantu novel.
Dah sibuk dengan kerja sekarang ni pun
sempat nak baca novel lagi.” bebel ibunya yang kini duduk di hujung katilnya.
“Mestilah mak, kitakan kena
sentiasa mencari ilmu. Lagipun novel yang akak baca buka novel cinta yang
melalut tu.”
“Iyelah akak. Jangan sampai larut
malam pulak baca novel tu. Esok jangan lupa hantar adik pergi jumpa doktor
gigi. Dari petang tadi asyik merengek je. Pening kepala mak. Nasib baik dah
tidur sekarang ni.”
“Baiklah mak. Selamat malam.”
Akhirnya,selepas hanya membaca
beberapa muka surat Izzah terlelap sambil novel di sisinya.
Bersambung…
CINTA PICAGARI (Bahagian
2)
“Najah cepat sikit kita dah lambat
ni.”jerit Izzah di muka pintu.
Tiba-tiba muncul suara kecil dari
belakangnya.
“Siapa yang lambat sekarang ni. Najah
dah lama tunggu tepi kereta akak. Akak yang lambat. Akak siap macam nak pergi
kenduri. Bukan akak yang nak pergi jumpa doktor.”rengek adik yang sudah lama
menanti kakak sulungnya itu.
Najah Insyirah,adik bongsu Izzah
yang sangat comel itu baru berusia tujuh tahun. Najah diibaratkan seperti
patung bergerak di rumah kerana keletahnya. Izzah hanya mempunyai tiga orang
adik-beradik. Abang kepada Najah bernama Aiman Najmi. Jarak perbezaan umur
antara Aiman dan Najah ialah 7 tahun. Perangai si cilik yang petah bercakap dan
ceria itu sering membuatkan dia diusik manja oleh kakak dan abangnya .
“Panjangnya adik akak ni membebel.”usik
Izzah sambil mencubit pipi adiknya yang gebu itu.”Akak yang lambat ye.Minta
maaf adikku sayang. Jom pergi sekarang.”
Kini,mereka tiba dihadapan Klinik
Gigi Dr Qaleef. Hati Izzah yang tenang itu berubah menjadi gementar apabila
membacanya.
Namun, hati Izzah tetap menafikannya.
Setelah mendaftar nama di bahagian
pendaftaran,Izzah dan Najah duduk di kerusi sambil menunggu giliran adiknya untuk
menerima rawatan.Sambil menanti, Izzah mengambil majalah untuk dibaca.
"Ramai orang harini ye
akak.Selalunya tak ramai macam ni.”jelas adiknya.
“Yang datang ni semua gigi dah
rosak macam Najah.Tu lar akak dah pesan jangan makan coklat
banyak-banyak.Tengok sekarang ape dah jadi dengan gigi adik tu.Nasib baik tak
berulat je.” Usik Izzah dengan mimik muka yang telah menimbulkan rasa tidak
puas hati adiknya.
“Alah akak ni.Suka usik Najah.Ingat
Najah takut?.”balas Najah."Bukan ke akak suka makan coklat juga.”
“Ye la.Tapi akak pandai jaga
gigi.Tengok gigi akak.Putih je.Tak de pun gigi yang rosak.”jawab Izzah sambil
menunjukkan giginya yang sememangnya cantik itu.
Najah mengalah sambil menunjukkan
wajah merajuk.”Nanti akak tak payah teman Najah masuk jumpa Dr.Am.Takut jangkit
pula sakit gigi adik ni.”Izzah tersenyum melihat telatah adiknya.
“Najah Insyirah!”panggil jururawat.
Izzah hanya menghantar adiknya sehingga
ke pintu kerana ingin memenuhi permintaan adiknya.Dia juga sempat melihat
sekilas wajah doktor yang akan merawat adiknya.Mereka hanya berbalas senyuman.Hati
Izzah menjadi bertambah resah.
Izzah hanya duduk terdiam sambil
memikirkan siapa doktor itu sebenarnya.Wajahnya iras benar dengan rakannya di
sekolah dahulu.
Qaleef Irham.
Dia pernah menjadi presiden Kelab Kembara yang juga
merupakan kelab yang disertai Izzah.Izzah kagum dengan kepimpinanya.Irham juga
sangat disayangi guru kelab itu kerana sifat amanah dan
tanggungjwabnya.Namun,hanya ada satu sahaja perangai Irham yang tidak disenangi
olehnya.Izzah menganggap Irham sebagai seorang ketua yang boleh tahan gila
kuasanya.Semua keputusan hanya dilakukan
seorang diri.Dia tidak pernah berbincang dengan Izzah tentang aktiviti kelab
yang dirancang walaupun Izzah merupakan naib presidennya.
Lamunan Izzah terhenti apabila
Najah datang menerjah di depan mata.
“Hah!!akak berangan ek?Teringat
boyfriend lar tu.Adik bagi tau mak nanti.”
“Ish adik ni.Mana ada.Adik lama
sangat dalam bilik tu.Akak terfikir gigi adik ni mesti rosak semua.Mungkin doktor dah cabut
semua gigi adik.Tu yang adik lama sangat dalam bilik doktor.Betul tak?”usik
Izzah.
”Akak ni!!.Geramnya Najah!Gigi
Najah satu je yang kena cabut.”tegas najah sambil menunjukkan gignya.
Bersambung…
-Wardah Sofea-