Tinggalkan ku, Perlahan-lahan Kuterima


Dari anas ra, dari nabi saw, beliau menceritakan yang difirmankan oleh tuhan yang maha 
mulia lagi maha agung " Apabila  seseorang mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal
maka aku akan mendekat sehasta, apabila ia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta maka
 Aku mendekat sedepa, dan apabila ia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang dengan

berlari." (Hr Bukhari )

 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ "
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, maka (jawablah), 
bahwasanya Aku adalah dekat.
-al Baqarah: 186-
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima~~
Semakin ku sakit~~

ceitt.

Kadang-kadang diri terasa begitu jauh dari Tuhan.
Seolah-olah Dia membiarkan kita berjalan di muka bumi penuh dugaan ini bersendirian.
Seolah-olah nasib kita ditentukan kita sendiri, bukan kadar se-kelip mata, malah lebih lagi.
Kita rasa solat sunat Subuh yg penuh mujahadah yg kita lakukan sudah hilang 'ummph' nya lagi.
Kita rasa 5 muka surat al Quran yg kita baca hari-hari sudah hilang manisnya lagi.
Serabut di kepala tak hilang juga.
Kita tempuh hari-hari dengan muka masam mencuka.
Penat hari ini berdepan masalah dan manusia belum hilang, tambah dengan beban esok pula.
Ish! Semak kepala!

Kita sampai sanggup bertanya, mengapa Dia tinggalkan aku sendiri?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Yang pasti,
Bukan Dia yg tinggalkan kita.
Tapi, mungkin,
Kita yg berhenti berlari menujuNya.
Kita yg berhenti mendekatinya.
Kita yg pilih makin jauh dariNya,
sejengkal, sehasta, sedepa.
Mungkin saja.

Dia sudah katakan, "...sesungguhnya Aku adalah dekat."

Kita yg menjauh.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


"...Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka 

hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, 

agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

-alBaqarah: 186-

Dia akan menjawab doa kita.
Memudahkan urusan kita.
Menghilang semak di kepala.
Mengangkat sesak di dada.

Dengan syarat, kita beriman kepadaNya.



 


 

3 October '13


Harini Ms Jane ajar plants adaptation.

How plants survive in various climates and conditions.

well, bnda mcm nie dari skolah rndah dah blajar rasanya. kan?
Tapi, ttba terfikir sesuatu.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.." 2:286

Contoh macam pokok kaktus *tak blajar ecology pon boleh tahu
Ciri2 yg ada pada pokok kaktus tu membolehkan ia survive di gurun2 yg panas extravaganza. Akar yang mega mega panjang. Daun yang bak duri to reduce water loss. Batang yang boleh conserve air. kan?

Allah ciptakan kaktus di kawasan panas. Tapi, Dia ciptakan SPECIALITIES untuk kaktus bertahan walaupun kawasan gurun. 

Same goes to us. Ye dok? 

Dia tak uji kalau kita tak mampu. Dia tak biar kita dalam circumstance yg kita tak mampu bertahan. Percayalah.

Andai ada kesusahan, yakinkan diri, anda kaktus yang mampu berdiri di bawah terik mentari!

\o/

20 October '13


Pagi tadi bukak balang gula. Pastu ternampak ada dua-tiga ekoq mayat semut dalam timbunan gula. Favourite food semut kan gula, acano buleh mati dalam gula?

Eh, ironi sangat.

Kalau dikaitkan dengan manusia guano plak?

Kegemaran manusia skrg, bukan stakat gula, bahkan kalau nak disenaraikan, mungkin boleh sampai character limit FB. lol.

Kegemaran kita, boleh jadi perkara yg menghancurkan kita jika kita tersimpang dari jalanNya.

Our mission: Menjadi Abid dan Khalifah. Fullstop.
Jgn kerana duet berkepuk dalam poket, gadjet berlungguk dalam beg, baju bertimbun dalam almari, (dan lain2 :p) menyebabkan kita lalai dari mngejar matlamat.

Dan tenggelam bersama kegemaran yang melimpah.

Hurm.

31 October '13


Td blajar ecology. Succession.

Sebelum sampai climax climate (pembentukan rainforest), algae, annual plants merupakan antara glgan pkok terawal yg akan hdup kt sst hbtat. Pkok2 yg akan mengorbankan dri untk jdkan sst hbtat tu kaya dgan bhan organik dan nutrien. Supaya nx generation of plant blh survive.

Jd?

Mcm kita. Dalam mencpai tahap Islam mjadi world order (ustaziyatul alam), perlu ada glgan yg bkorban(kita lah), sbgai booster dose untuk glgan akan dtg. Korban in terms of masa, tnaga, harta. Dan nyawa. 

Untuk apa? Untuk Islam.
Kerana tujuan hdup kita, ahli ibadah dan khalifah.

YOSH!

25 December '13


Tadi pergi bagi makan itik dgan cik dbaaah. Ada 5 ekor. Semua sempurna anggota except for one.

Impaired legs I guess. Both legs. 

Masa kitorang bg makan kat itik-itik tuh, yang 'disabled' tu duduk diam2 ja. Watlek je. Tak berebut pun. So kitorang pun pergi bg kat yg 'disabled' tuh. Sort of personally. 

Bila itik2 lain nampak, ada 2 ekor itik nie 'guard' yg 'disabled' tu. Bla cmpak makanan, dua ekor ni berebut amek. Yang 'disabled' ni. Nengok je lah en. Apa la naseb. Duduk sesama. Berenang sesama. Bila nak makan. Kau punya aku punya, aku punya, aku punya lah!

Haih. Kita manusia. Kalau ada yg ambil kesempatan atas kelemahan org lain. Tambah lagi org yg dkat dgan kta. Ambil hak orang. Kita sama mcm itik2 tadi tuh.

Sama mcm itik nottz.

27 December '13


Buffer system.

Eh, haha tgah study week nie banyak pulak yg 'mendatang'.

So, buffer system helps to resist changes in pH when small amount of acid or alkali is added. Keyword: RESIST PH and SMALL AMOUNT OF ACID/ALKALI/

Contoh buffer system, ada dalam badan kita. Untuk pastikan pH dalam dalam range yg betul, even ada sedikit peningkatan acid/alkali. Because slight increase or decrease on pH can cause unconsciousness (Buku Kemis Fizikal, 2009).

Dalam hidup kita, perhaps, each and everyone of us needs a buffer system. Parents, adek, bestfriend, hausmet, usrah-mate, kelaih-mate. (or maybe soulmate :p)

Untuk apa? Mereka ini yg akan resist changes (negative changes) bila kita terlalai sedikit. Atau terlalai banyak. Mungkin, mereka2 ini buffer system yg sungguh efektif, even the biggest reduction of the level of our iman, mereka masih mampu bantu kita.

I've been thru many things, well banyak la jugak, and being alone, all the time, is not the best part of my life. Most of my happy moments, semangat moments, are when i'm with my family and friends. Kerana mereka buffer system terbaik buatku :>

So, habluminallah, wa habluminannas. Keep in touch. Saling menyayangi, saling mengingatkan, saling menjaga. 

Supaya kita dapat saling berpimpin tangan ke syurga! Eceyh 

12 January '14


"kalau aku tak solat, tempat aku, neraka lah?"

Urusan menguruskan penempatan kita di syurga atau neraka, itu kerja Allah. Bukan kerja kita, mahupun roommate kita atau staff accomodation University of Semenyih.

Kita sendiri tak tahu amal kita yg mana yg membawa kita ke syurga, atau neraka. Kita boleh tengok sendiri, kisah seorang pelacur yg memberi minum kepada anjing, Allah beri ganjaran syurga. Kisah orang yg dah bunuh 99 orang, tambah lagi sorang, (seratus laa), dan masih belum sempat bertaubat, tapi dah memulakan perjalanannya untuk bertaubat, pon, Allah bagi ganjaran syurga.

So, memang tak tahu la kan amal kita yg mana membawa ke mana. 

Allah menilai usaha kita. Dia nak tengok kesungguhan kita nak masuk syurga. Kita boleh pilih untuk buat macam2 amal soleh, sedekah lah, tudung labuhh sampai buku lali, tapi kita memilih untuk tak solat, (sebab hurmm susah la, hurm busy), dan kemudian mengharapkan Allah menilai usaha2 kita yg lain tuh, dan memasukkan kita ke dalam syurga.

Cukup bersungguh kah kita nak ke syurgaNya, kalau mcm tuh?

Siapa tahu, amal2 lain yg (berlambakk tuh) hanya cukup untuk cover balik dosa tak solat. End up, tabung pahala tinggal apa? Sememangnya rahmat Allah yg membawa ke syurga, tapi, cuba baring sekejap dan merenung ke siling, cukup bersungguhkah kita? Atau sekadar lakukan apa yg kita rasa kita mampu. Yg KITA RASA KITA MAMPU. (Walhal sebenarnya kita boleh lakukan lebih lagi).

Bersedia atau tidak untuk berubah ke arah kebaikan, bukan masalah utama. Mula untuk berubah. Tak perlu fikir bila. Just do it. Kekuatan akan datang, dengan syarat, kita doa dan yakin pada Dia. Fake it, until we make it.

Bersungguh, dan terus bersungguh.

"Matlamat kita nk jadi ahli syurga. Bkn nk org anggap kita ahli syurga! Ikhlaskan diri,
mulakan hari, Moga ihsan muncul nanti." -Quoted (@itsteme)

15 march '14


Mr Jaya.

Katanya, "the distinct feature of something must relate to its main function."

Contohnya artery. Distinct characteristic, strength. Sebab? Artery is where blood with high pressure is transported. Jadi artery perlu elasticity, strength untk withstand the pressure of blood flow. Specifically, oxygenated blood.

Contoh lg, vein. Distinct characteristic, valve. Sebab? Nak ensure one way flow of blood, dan so on so on lah.

Tu bukan cerita utamanya.

Ceritanya, aku terfkir, apa distinct feature manusia, yg berkait dgan fungsi utamanya?

Yang kita tahu, specialnya manusia pada akal dan hatinya. Akal yg boleh berfikir dan mencerna ilmu dan maklumat. Dan hati yg menghadam, membumikan kefahaman agar jasad dapat mempraktikkan. Dengan akal dan hati ini, tjuan hdup kita sbgai hmb Allah dan khalifah, dapat dilaksanakan.

Persoalan bgaimana tu, mungkin boleh fikir sama2. 

Jadi, make sense la kan- the distinct feature of something must relate to its main function? 

._.

2:30 & 51:56 (alQuran)

8 April '14


Hujan mencurah. Aku pun nak curah ._.

Hari ini masuk hari kedua,
Hujan lebat turun tak terkira lebatnya,
Kalau berterusan tiga empat jam boleh tenggelam clock tower. Hehh, lalut.
Tapi mungkin, hujan nencurahkan isinya,
Kerana ia rasa tak tertanggung lagi meluatnya,
Melihat bumi terus kotor dan kotor dengan dosa manusia.
Lalu ia mencurahkan segala isinya untuk membersihkan bumi.
Dan kilat, guruh yang tak henti menyambar dan berdentum adalah kiriman amarahnya pada kita yg mengotorkan bumi dengan dosa.
Mungkin juga, kilat dan guruh tanda amarah Sang Pencipta Langit kerana kita bermaksiat padaNya di atas bumi milikNya.

Dan si pendosa macam kita,
Terus tarik selimut bila hujan turun.
Biar bumi terus kotor dengan dosa kita.

"Peduli apa? Hujan kan ada."

21 May '14


Esok exam maths. So I was going through my previous test paper.

Ish! Geramnya!

Buat soalan yg menatang linear correlation apa bnda statistics tu. Formula betoi dah. Kira x-square, y-square, etc etc panjang berjela pon betoi dah. Tinggal nak masok dalam formula ja.

Tapi, on the first step 'key in' number, tertinggal satu number. On the very begining tu dah terlupa.

Peluh2 gua kira yg seterusnya salah habes semua! Salah! Lesap! Huhh.

Panas hati gua. Sikit ja silap kat atas, habes semua.

Sama macam amal kita. Silap sikit waktu permulaan tak jaga niat, tak perbetul niat, tak niat keranaNya, peluh mcm mana pun solat, letih mcm mana pun menelaah, lelah mcm mana pun sapu sampah, kalau x niat keranaNya?

Tak tahu amal yg disangka membuahkan pahala, boleh jadi tinggal habuk saja.

Aku tak buat kerja Tuhan nak nilai amal orang diterima atau tak tapi kita sama-sama amek precautions step jaga niat kita, hanya kerana Dia.

Hatta nak berenang pun niat keranaNya! Ehh.

Hadis 1: Niat

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab Radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan..."
[HR Bukhari & Muslim]