SIPUT BABI ATAU KURA-KURA

"Kata murabbi aku, dalam surah al Asr nie, gini-gini..."

"Ikut tafsir ibn Kathir, surah al Asr ni, gini-gini..."

"Aku baca Sayid Qutb kata, al Asr ni, gini-gini..."

"Berat nanang lah al Asr nie weyh, cuak weyh..."

Berat nanang. Berat di mulut saja. Tapi hati kita masih rasa kita punya masa. Perbuatan kita, penyusunan masa kita masih seperti kita bakal hidup selamanya.

Semuanya tertangguh. Semuanya ditangguh.

Task usrah. Mutabaah amal. Lab report. Tutorial. Basuh baju. Basuh pinggan. Hatta makan pun tertangguh.

Cuma satu saja yg kita tak tangguh-tangguh. Bila tertera di skrin bercaya handphone,

"Zabedah added a photo of you.."

"Arnold Schawawawawa likes your photo..."

"Brgsjk and 10 others retweet your tweet..."

Terus capai fon. Scroll. Scroll. Scroll. Like. Comment. Lock phone. Bukak balik. Refresh nottification.

Ini tak boleh tangguh.

Walhal baru semalam tutup majlis baca al Asr. Walhal baru tadi baca al Asr time solat Subuh. Surah terbaik bila mamai2 pepagi.

Entah apa yg kita utamakan.

Kita pilih insta berbanding Tuhan.
Kita pilih sibuk semak status whatsapp orang berbanding status kita depan Tuhan.
Kita pilih hubungan atas talian dengan kawan berbanding Tuhan.

Sibuk tengok video itu, baca belog ini, like gambar itu, sampai terabai tanggungjawab pada Tuhan. Terabai bukan setakat tak buat, tapi buat lambat-lambat.

Belum cerita lagi kita lambat pergi kelas. Lambat hantar tugas. Lambat attend perjumpaan. Jalan lambat. Makan lambat. Semua lambat.

Hujung cerita, sibuk salahkan dia dan dia atas ke-tidak-sempat-an kita menyiapkan tugasan.

Salahkan lah Mark Zuckerberg, siapa suruh cipta Facebook.

Tuding jari pada semua, padahal kita jalan pergi kelas pun lenggang lenggok.

Nak buat macam mana, 24 jam mana cukup.

Eh, nie cerita pasal siapa?

Pasal aku. Pasal kau. Pasal setiap yg tangguh mejlis baca al Asr. Tapi tak pernah beramal dengannya.

Kita kata nak jadi mukmin super saiya, tapi kita wat lek ja.

Guane?

Mimpi je laa. Selagi jalan pun lambat, bangun pun lambat, selagi tu lah 24 jam takkan cukup. Seminggu takkan cukup. Sebulan pun takkan cukup.

Biar lah siput babi dengan kura-kura nak lambat pun, mereka tidak dibangkitkan untuk dinilai.

Sekian,
Yang ada keychain kura-kura.

Nikmat MELIMPAH!




فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ 
-Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?-


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



Harituh baca entri Selamatkan Cinta. Dua tiga hari lepas tuh akak-akak naqibah share ayat yg sama.

Coincidence? Mehh. Mungkin ada yg Dia ingin katakan padaku. Pada kami. Pada kita.

xx

Surah ar Rahman

Allah mulakan surah ini dengan menyebut "Dia" terlebih dahulu. "Dia" yg ar Rahman, sebelum "Dia" yg mengajarkan al Quran. "Dia" yg ar Rahman sebelum "Dia" yg menciptakan manusia.

Kenapa?

Kerana atas sifat "ar Rahman" Nya, Dia mengajarkan al Quran. Atas sifat "ar Rahman" Nya, Dia menciptakan manusia. Dan "ar Rahman" tu sendiri bukan sekadar yg Maha Pemurah.
Dia yg ar Rahman, yg masih bagi peluang untuk kita terjaga dari tidur pada hari ini, untuk terus bertaubat dan mencari jalan kembali pada Dia, walaupun Dia tahu masih ramai yg tidur terlajak subuh, masih ramai yg bangun terus bermaksiat padaNya, masih ramai yg menentang ad DinNya.

Kerana apa? ar Rahman tu bukan sekadar yg Maha Pemurah. Dia, yg Maha Pemurah, yg mengurniakan segala macam nikmat kepada manusia, dengan melimpah ruah. MELIMPAH RUAH.


108:1
                                                                          




"Sesungguhnya Kami, telah mengurniakan kepadamu nikmat yg MELIMPAH RUAH."


108:2

"Kerana itu dirikanlah solat dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu"

 al Kauthar: 1-2

Surah nie memang surah feveret nak baca dalam solat, sebab erk, tiga ayat ja. Hehh.
Tapi sekarang Allah hadirkan kesungguhan untuk membumikan surah ni dalam hati.

Kenapa "dirikanlah solat"? Sebab solat tu penghubung manusia dan Tuhannya. Kalau kita go thru ayat nie dengan lebih #deep lagi, Allah nak bagitahu,

"Wahai manusia, bukan ka Aku dah bagi segala macam nikmat, dari sekecil-kecil nikmat oksigen, sekecil-kecil nikmat sempurna anggota tubuh badan, sehingga ke sebesar-besar nikmat dapat stret A UPSR, PMR, SPM, sebesar-besar nikmat hadiah iPong 5s, hang kena la sedaqq diri, hang jangan lupa naa Aku yg bagi LIMPAHAN nikmat tu kat hang. Hang kena ada attachment yg kuat dengan aku. Stay connected to me la."
*exeggerate? Erk.


Kerana atas nikmat setiap helaan nafas yg kita selalu pandang sebagai sekecil nikmat tu, kita harus sentiasa berhubung denganNya. Kerana atas nikmat setiap detik gembira yg melakarkan senyuman, mahupun 'sengihan' di bibir kita, kita harus sentiasa berhubung denganNya.

Sekalipun kita merasakan "Aku tak pernah bahagia", "Aku tak punya siapa pun di dunia ni", "Aku selalu susah", mungkin kita perlu duduk sebentar dan fikirkan, apa lebihnya kita berbanding mereka di bawah jambatan, mereka di celah lorong gelap, mereka yg berlindung bawah atap rumah yg bocor. Kita mungkin rasa sakit hati ditinggalkan kawan, bahkan hati yg tersiat kerana kecewa itu takkan ambil masa selamanya untuk pulih, tapi bayangkan mereka yg sejak lahir lagi tak merasa nikmat perut yg kenyang, yg terpaksa menanggung peritnya berlapar sejak lahir until for the next 20 years of their life.

Mungkin pada saat itu kita akan malu pada Dia kerana dengan perut yg kenyang, kita masih salahkan Dia mengapa diri sering dikecewakan, walhal kita yg sering kali berputus asa dengan rahmatNya.

Ya, masih ramai yg susah di luar sana. Bukan kerana 'selective'nya dalam sifat ar RahmanNya, tapi kerana Dia menitipkan kasih sayangNya kepada mereka yg senang, agar mengasihi mereka yg susah. Supaya manusia tidak bersikap selective dalam berkasih sayang. Supaya manusia yg merasakan nikmat dunia yg melimpah ruah, berkongsi dengan mereka yg kesusahan di dunia, agar sama-sama dapat menempah kenikmatan abadi di syurga.


xx

Kerana Dia yg selama ini tidak henti-henti mengurniakan LIMPAHAN nikmat bahagia buat aku, aku ingin terus di jalanNya. Kerana Dia yg selama ini tidak henti-henti menitipkan kasih sayangNya melalui Mama Abah, melalui keluargaku, melalui sahabat-sahabat aku, melalui cikgu-cikgu aku, melalui semua di sekeliling aku, aku ingin terus istiqamah di jalanNya. Terus melangkah dalam jalan kembali ke syurga, agar aku dapat bersua dengan Dia yg memiliki dan mengurniakan kasih dan cinta.
-Yang serius bercinta-

Praise Allah atas nikmat sengih!











Cairnya Tarbiyyah


Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Apabila kerja rumah Sang Ahli Sihir jadi priority.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
"Dead"line Sang Ahli Sihir lebih kita risaukan berbanding "Dead"time kita.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Apabila solat sendiri lebih 'manis' berbanding solat jemaah.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Apabila buku Syed Qutb hanya kita buka waktu usrah.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Melihat pokok pun teringat tutorial Genetics.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Apabila kita pandang serong orang lain yg sibuk dengan jahiliyyah, 
walhal dalam diri masih tertegak jahiliyyah.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Apabila nikmat masa lebih banyak kita luangkan scroll timeline FB dan IG.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Kita habiskan weekend untuk "rehat"kan diri,
walhal ketenatan ummat menuntut tenaga kita dikerah.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Apabila movie jadi wasilah membentuk fikrah.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Apabila kita study dua jam dan rehat 3/4 jam.
Kita tahu cairrnya tarbiyyah,
Subuh pukul enam jadi pukul enam setengah.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Balik daurah zikir lailahaillallah,
Lepas daurah zikir "chocolate cake, chocolate cake" tak sudah sudah.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Dulu dengar Raef, sekarang layan Afghan.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Like gambar di insta lebih penting dari baca Quran semuka.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Bukak youtube lagi penting dari DDI semuka.
Kita tahu cairnya tarbiyyah,
Leka dalam kelapangan waktu tanpa sedar kesempitan boleh datang tanpa diduga.

Kita tahu cairnya tarbiyyah, 
Apabila kita asyik pandang 'cair'nya orang berbanding 'cair'nya kita'.
Dan apa yg kita rasa kita mampu,
Duduk diam dan ambil ibrah.
Duduk diam dan ambil jalan tahap iman ter-lemah.
Atau lagi cair,
Salahkan dia, dia dan dia kerana tak ingatkan kita.

Dan anak kecil nun jauh di sana, melontar zionis hanya berbekal laungan takbir.

Itulah kita, terus biar cairnya tarbiyyah.
Cair dalam diri. Cair dalam biah.

"..Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.."- ar Ra'd:11

Mari kembali pekat! 


Kemarau Jiwa


Sejak akhir-akhir nie, ilham dariNya untuk menulis tak kunjung tiba. Menyepi, hilnag, entah ke mana. Tak kira berapa lama aku duduk depan skrin bercahaya nie, revise pengisian-pengisian dari manusia yg jiwa mereka ke syurga, semuanya kelihatan kabur dan samar. Sepertinya, tiada apa yg dapat dikongsikan, walhal ada saja usrah tiap-tiap minggu, ada saja daurah tiap-tiap bulan, ada saja member-member yg selalu berkongsi. Tapi segala ilmu dan kefahaman hanya mampu cerna sorang-sorang, dan hadam tanpa sedikit pun memberi manfaat buat yg lain.

Padahal,

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan) dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya."- ar Rum:24

Kita ambil pengajaran dari sifat hujan yg Allah nyatakan, menghidupkan bumi. Dan dengan 'penghidupan' bumi, hiduplah makhluk yg mendiami bumi. Dan makhluk bumi bukan sekadar manusia, tapi merangkumi sekecil-kecil amoeba sp. sehingga sebesar-besar gajah Afrika. 

Pendek kata, hujan yg turun sememangnya bermanfaat buat semua.

Apalah guna, ilmu dan kefahaman tentang Islam yg sebenar, hanya mampu aku tulis dalam buku nota, tutup, simpan dalam beg. Apalah guna, aku hanya sentap sorang-sorang lepas tadabbur ayat Quran, tapi masih ramai yg last sekali bukak Quran, waktu majlis khatam Quran dua tahun lepas.

Seolah-olah kebaikan dan manfaat yg aku dapat, hanya untuk aku. Lemahnya aku, hanya mampu merasa alangkah nikmatnya kelak jika aku di syurga, tanpa mampu aku katakan pada dunia, jom la kita masuk syurga sama-sama! Padahal, luasnya syurga seluas langit dan bumi! 

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu, dan kepada Surga yang luasnya SELUAS LANGIT dan BUMI, yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa." -Ali Imran: 133 
 Dan cukup koyakk la hati nie, bila baca post dari Inspector Saahab,

“As much as we hate the economic system of capitalism which benefits the economically mobile people to go higher up in the rank of social wealth and downgrades the ordinary people even further which creates a larger gap between the two, it happens everywhere, in every aspects of life, whether we realize it or not.


Take for instance the so-called righteous people who pray days and nights and have their ibadahs multiplied each day, the want to gain the most from this world, to win this race to enter Jannah. To them this life is a competition. Survival of the fittest. And the strayed people are left forgotten, getting more strayed day by day. They either want to change but don't know how to or they don't want to change even they know how to.

The so-called good people are getting closer to Allah and the strayed are getting more carried away with their sins. But wait a minute! Are they even getting closer to Allah when they let their friends to go down the wrong path without even trying to lend a hand?

Life is not about getting our friends or enemies out of the equation so that we have less variables to deal with. It's about bringing them together with us into the equation and solve the problem for the best interests of all”
-NMS


Dengan post-post akhir-akhir nie yg bersifat peribadi dan penuh emosi. Matlamat nak buat sumbangan kecil dengan mengisnpirasikan jiwa lain, terus lari entah ke mana. Hilang erti 'sumbangan'.

xx

Maaf andai aku, dengan belas kasihan dariNya, diberi kefahaman tentang agama, tidak mampu menunaikan hak yg lain untuk dapat kefahaman yg sama. Maaf juga andai aku salah guna medium aku bercerita tentangNya, untuk bercerita tentang aku. Berjuta-juta maaf!

xx

Tapi aku tetap pandang segala yg terjadi ini adalah tarbiyyah (didikan) Allah untuk aku. Mungkin Dia ingin katakan padaku, aku perlu seimbangkan soal berbicara tentangNya, dan berbicara denganNya. Mungkin Dia ingin aku tahu, silap aku terlebih dalam neraca 'hubungan manusia', melebihi 'hubungan dengan Allah'.

xx

“Umat Islam adalah satu-satunya umat yang paling beruntung di dunia sekarang ini
kerana mereka memiliki Wahyu Allah yang terpelihara dalam keadaan utuh dan dalam
bentuknya yang asli, bebas dari kekotoran campur-tangan manusia. Setiap kata-kata
yang ada di dalamnya masih persis sama dengan ketika ia diturunkan kepada Rasulullah
saw.

Namun umat Islam ini juga adalah orang-orang yang paling malang di dunia ini,
kerana, walaupun mereka memiliki Wahyu Allah tetapi mereka tidak dapat memperoleh
berkat dan manfaat wahyu tersebut, yang sebenarnya tidak terhitung banyaknya itu”
-Abul al ‘Ala Al Maududi