Yang kolot itu kita.

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

"Hidup di bawah bayangan al Quran adalah suatu kenikmatan yg tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yg mngecapinya sahaja. Ia adalah suatu kenikmatan yg meluhur, memberkati dan membersihkan usia seserorang."

Bagaimana seorang yg sedang menjalani hukuman di penjara, menjalani seksaan demi seksaan, mampu menulis karya, menulis tafsir alQuran, dan membicarakan soal nikmat Allah yg penuh kemanisan dan keindahan? I. Jus. Cant. Brain. This.

Sayid Qutb. Menghafaz alQuran sejak kecil. Orang penting dalam seducation stream di Mesir. Yet, ketika di awal usianya hanya punya ilmu tentang Islam, tetapi tidak kefahaman Islam yg sebenar.

Dan ketika syahidnya Imam Hassan al Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin, penyusun alMathurat, hadir wake up call untuk Sayid Qutb. Walaupun dua2 tokoh ni berada di Mesir, hidup dalam zon masa yg sama, tapi mereka tak punya landasan yg sama.

 [Sejarah Ringkas Sayid Qutb, erk, bacalahh]

Dan kerana Allah telah mempersiapkan beliau sejak awal lagi; persiapan seorang tahfiz, persiapan ilmu sastera Arab, persiapan orang penting pendidikan, maka perjalanan beliau setelah mendapat wake up call itu sangat memberi impak besar dalam dunia Islam, specifically, dunia dakwah dan tarbiyyah.

One part of Sayid Qutb's journey of life which inspires me is, how he thinks and looks at things.

Beliau punya fikrah Islam yg sangat hebat. Kerana kefahamannya terhadap alQuran dan Islam, beliau melihat dunia ini from a bird-eye view. Dunia yg dipenuhi manusia yg punya skop yg terlalu sempit dan kecil dalam memandang ke hadapan. Dunia yg dipenuhi manusia yg kolot kerana meletakkan Islam hanya sebagai agama walhal ia adalah ad Din, cara hidup.

Ya, status/darjat Islam melebihi sekadar menjadi agama atau form of sembahan untuk manusia. Islam is a way of life. Islam mengajar sebesar-besar perkara dari soal perkahwinan, finance, sehingga ke kecik-kecil perkara nak-makan-pakai-tangan-kanan. Islam bukan setakat mengajar bagaimana untuk solat tapi Islam mengajar bagaimana dengan perlaksanaan dan penyempurnaan solat kita mampu mencegah perkara mungkar. Islam bukan setakat mengajar perkara2 yg membatalkan puasa tapi Islam menekankan bagaimana dengan berpuasa kita boleh increase our level of taqwa. Islam bukan setakat mewajibkan zakat tapi Islam juga punya cara dalam soal berurus niaga.

jadi, amatlah kolot bagi orang yg mengatakan Islam itu kolot kerana mereka hanya memandang islam sebagai agama. Dan sekali lagi, Islam bukan sekadar agama, but it is a way of life.

Dan kerana Rasulullah itu rahmatan lil alamin (rahmat sekalian alam), dan alQuran diturunkan untuk baginda sampaikan, mana mungkin alQuran hanya relevan untuk masyarakat dulu kala. Ia sepatutnya relevan sampai bila-bila!

Sistem hidup Ilahi sewajarnya seimbang dan tidak dipisahkan dari penciptaan dan kemajuan manusia. People, muslim especially, should start seeing things menggunakan kaca mata Islam. Bagaimana perlakuan kita menyumbang kepada Islam? Bagaiamana penciptaan dan kemajuan yg kita bawa selari dengan kehendak Islam?

Sebab apa?



Kerana selapas roh berpisah dari jasad, selepas terbit matahri sebelah barat, kita akan dibangkitkan semual, untuk dihisab baik buruk amal kita, perbuatan kita dan sejauh mana kita melaksanakan suruhanNya.

masa tu, nak jawab apa?
"..sistem hidup Ilahilah yg menggerakkan daya penciptaan dan kemajuan itu dan membimbingnya je jalan yg betul supaya manusia dapat melaksanakan tugas khalifah di bumi ini iaitu tugas yg telah dikurniakan Allah kepada mereka di samping membekalkan mereka dengan bakat-bakat kebolehan dan tenaga-tenaga yg cukup untuk melaksanakan tuags yg dibebankan ke atas mereka."
-Sayid Qutb-

Bagaimana nak tambah keyakinan terhadap sistem Islam dan alQuran?
You gotta read it first. 
Baca dan berlapang dada dalam menghayati maksud setiap ayat.

Kita nak terima Islam, sepertimana biskut Marry yg dicicah teh o panaihh. Meresapp dalam-dalam.
Kita bukan na terima Islam sepertimana buah strawberri yg dicelup cokelattt. Hanya menyalut di luar.

Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah . -alBaqarah:138-
Sibghah Allah. Celupan Allah.

Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
-atTakwir:29-


Buka hati. Buka minda. Islam tidak sekolot minda kita. 

Maaf

Aseef jiddan!

Saat aku merasakan hilang manisnya persahabatan, aku dipertemukan semula dengan mereka yg telah lama aku rindu.

Dan aku mula sedar betapa kuatnya bonding kami, bukan atas siapa kami, tapi bagaimana kami menerima satu sama lain.

Betullah kata cikgu faizah, istimewanya bond kami, adalah kerana kami menerima baik buruk orang lain. Dan lebih istimewa, sebab jujur antara satu sama lain.

Hahah penangan truthth or dare  mungkin?

Tapi walau mcm mana pun bestnyaa mereka2 ini, life must move on kan?

Dan aku juga perlu menerima baik buruk orang lain sebagaimana aku terima mereka2 ni.

Maaf sangat, andai kertelanjuran aku melukakan yg lain. Maaf sangat andai aku tidak mampu dan masih lemah mengawal ego dan amarah ku. Maaf sangat andai aku terlalu ikut perasaan seolah iman senipis kulit bawang seakan menipis lagi.

Terima kasih pada yg concern dan menasihatiku tanpa jemu biarpun aku apada awalnya menolak pesanan mu. Terima kasih pada yg tidak tinggalkan aku walaupun aku tinggalkan kalian. Termia kasih yg sudi mendengar luahan hati biar kata2 aku sepedas cili api huhu. Terima kasih yg menerima maaf ku biar perbuatan aku meninggalkan parut di hati mu. Terima kasih buat yg mendoakan aku.

Kali ini, aku benar2 diuji, masih adakah jahiliyyah dalam diri,. Masih adakah ego yg membumi.

Aku harus belajar menerima dan memaafkan. Bagaimana Yang Maha Pengampun dan Pemaaf mampu menerima hati yg busuk penuh amarah dan dendam?

Sekali lagi aseef jiddan!